Kesan lapisan berliang dan nisbah keluasan plat berlubang terhadap ciri akustik serabut sabut kelapa sebagai bahan penyerap bunyi

Zulkarnain, and Rozli Zulkifli, and Mohd Jailani Mohd. Nor, (2011) Kesan lapisan berliang dan nisbah keluasan plat berlubang terhadap ciri akustik serabut sabut kelapa sebagai bahan penyerap bunyi. Sains Malaysiana, 40 (6). pp. 623-629. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan untuk mengkaji ciri akustik serabut sabut kelapa yang berpotensi digunakan sebagai bahan penyerap bunyi. Untuk meningkatkan ciri akustik serabut sabut kelapa pada frekuensi rendah, lapisan berliang digunakan di bahagian depan atau belakang bertujuan untuk meningkatkan nilai galangan permukaan. Bahan selanjutnya dilapisi dengan plat berlubang dengan nisbah keluasan yang berbeza. Sampel diuji mengikut piawaian antarabangsa ASTM E 1050-98 untuk menentukan pekali penyerapan bunyi. Daripada hasil uji kaji, plat 1 mm berlubang yang diperbuat daripada kepingan aluminium yang melapisi serabut sabut kelapa, didapati bahawa nilai maksimum pekali penyerapan bunyi berada pada frekuensi antara 2750 Hz hingga 2825 Hz iaitu dengan nilai 0.97. Nilai nisbah keluasan plat berlubang memberikan pengaruh penurunan pekali penyerapan bunyi pada frekuensi tinggi. Penurunan nilai pekali penyerapan bunyi terjadi apabila plat berlubang mempunyai nilai nisbah keluasan di bawah 0.22. Akan tetapi, penggunaan plat berlubang boleh meningkatkan prestasi penyerapan bunyi serabut sabut kelapa pada frekuensi rendah. Kesepakatan yang baik diperoleh daripada keputusan uji kaji dan analisis dengan pendekatan rangkaian elektrik setara yang digunakan untuk menghitung nilai pekali penyerapan bunyi. Ini menunjukkan bahawa pendekatan rangkaian elektrik setara boleh digunakan untuk merancang dan mengoptimumkan ciri akustik serabut sabut sebagai bahan penyerap bunyi

Item Type:Article
Keywords:Lapisan berliang; plat berlubang; pekali penyerapan bunyi
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2508
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Aug 2011 07:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page