Kerjasama sempadan Malaysia-Indonesia untuk meningkatkan keselamatan sempadan Sarawak–Kalimantan: syor untuk rangka kerja baharu

Noraini Zulkifli, and Amer Fawwaz Mohd Yasid, and Azrul Azlan Abdul Rahman, (2024) Kerjasama sempadan Malaysia-Indonesia untuk meningkatkan keselamatan sempadan Sarawak–Kalimantan: syor untuk rangka kerja baharu. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 51 (4). pp. 575-595. ISSN 2180-0251

[img] PDF
572kB

Official URL: http://ejournal.ukm.my/jebat/index

Abstract

Sempadan darat Malaysia terdedah kepada ancaman tradisional dan keselamatan bukan tradisional. Ancaman keselamatan tradisional atau keselamatan konvensional adalah bentuk ancaman terhadap keselamatan negara melibatkan aspek ketenteraan atau ancaman fizikal yang datang dari luar. Manakala, ancaman kesalamatan bukan tradisional melibatkan pelaku bukan negara (non-state actors), jenayah rentas sempadan yang bersifat asimetrik serta memberi impak kepada sektor sosial, politik, ekonomi dan alam sekitar. Malaysia mempunyai persempadanan darat yang Panjang dengan negara Indonesia iaitu 1,881 km dari Sarawak ke Sabah. Kajian ini bertujuan untuk memberi syor untuk rangka kerja baharu bagi keselamatan sempadan Sarawak-Kalimantan, Indonesia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif di mana sebahagian daripada data dikumpulkan melalui data sekunder yang diperoleh melalui kajian perpustakaan. Ini termasuk buku akademik, artikel jurnal, dan laporan sulit yang dikeluarkan (domain awam) serta polisi keselamatan dan pertahanan kerajaan. Manakala data primer diperoleh melalui kajian lapangan dan temu bual bersemuka dengan pakar dan pegawai yang terlibat secara langsung dalam topik kajian dari Malaysia dan Indonesia. Konsep Keselamatan Nasional telah digunakan untuk menjelaskan kajian ini. Hasil kajian ini adalah Kerajaan Malaysia cuba bekerjasama dengan Kerajaan Indonesia untuk mengatasi ancaman yang wujud. Selain itu, Kerajaan Malaysia juga telah mempergiatkan rondaan dan menambah pos kawalan anggota keselamatan di sepanjang sempadan. Kerjasama tidak hanya melibatkan polis, tentera tetapi juga pihak Imigresen, Kastam dan Majlis Keselamatan Negara. Ini kerana setiap agensi dan kementerian perlu bekerja dengan satu sama lain untuk membolehkan aktiviti koordinasi meningkatkan keselamatan negara.

Item Type:Article
Keywords:Indonesia; Malaysia; Keselamatan nasional; Kerjasama keselamatan; Sempadan Sarawak-Kalimantan
Journal:Jebat ; Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies
ID Code:25086
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:09 Apr 2025 06:48
Last Modified:10 Apr 2025 03:58

Repository Staff Only: item control page