Nor Amira Abd Shakor, and Mohd Zamro Muda, and Noor Lizza Mohamed Said, (2024) Peranan Baitulmal sebagai institusi kebajikan ahli waris orang hilang (al-Mafqud): kajian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Journal of Contemporary Islamic Law, 9 (2). pp. 13-20. ISSN 0127-788X
![]() |
PDF
357kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jcil/
Abstract
Baitulmal merupakan institusi pengurusan harta yang berfungsi dalam mengendalikan harta orang Islam. Ia juga berperanan sebagai institusi kebajikan membasmi kemiskinan masyarakat dan membantu orang Islam yang memerlukan bantuan. Hal ini termasuklah mereka yang kehilangan seseorang (ketua keluarga) sebagai tempat bergantung dalam suatu tempoh yang lama dan tidak diketahui status hidup dan matinya. Situasi tersebut dikategorikan sebagai orang hilang (al-mafqūd). Timbul persoalan mengenai peranan yang dimainkan oleh Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) terhadap ahli waris al-mafqūd sepanjang tempoh kehilangan berlaku. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengetahui kedudukan almafqūd berdasarkan peruntukan yang diguna pakai oleh Baitulmal MAIWP dan mengenal pasti peranan Baitulmal MAIWP dalam memelihara kebajikan ahli waris almafqūd. Metodologi penyelidikan kajian ini adalah secara kualitatif merangkumi pengumpulan data dan maklumat melalui kaedah analisis kandungan secara deskriptif termasuk penelitian terhadap Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah- Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 502] serta temu bual terhadap informan iaitu seorang Pegawai di Bahagian Agihan Zakat, MAIWP. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat definisi khusus al-mafqūd di dalam peruntukan Baitulmal MAIWP, namun bidang kuasanya terhad. Dari aspek peranannya terhadap kebajikan ahli waris al-mafqūd pula, Baitulmal MAIWP menyediakan skim-skim bantuan yang boleh dipohon seperti Skim Bantuan Kecemasan, Skim Bantuan Nafkah dan Keperluan Asas, Skim Bantuan Perubatan dan sebagainya. Kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada masyarakat tentang peranan Baitulmal MAIWP sebagai institusi yang boleh dirujuk dari aspek kebajikan sekiranya berlaku kehilangan ahli keluarga. Di samping itu, kajian susulan berkenaan bidang kuasa Baitulmal juga perlu dilakukan dengan lebih mendalam khususnya di Wilayah Persekutuan termasuk peranan Baitulmal MAIWP sebagai institusi kebajikan ahli waris al-mafqūd juga wajar diperkasakan dengan lebih komprehensif agar ia tidak terhad kepada aspek kewangan sahaja.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Baitulmal; MAIWP; Orang hilang; al-Mafqud; Kebajikan |
Journal: | Journal of Contemporary Islamic Law |
ID Code: | 25088 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 11 Apr 2025 06:55 |
Last Modified: | 14 Apr 2025 06:06 |
Repository Staff Only: item control page