Pemakaian konsep khiyar dalam transaksi e-dagang

Shofian Ahmad, and Muhammad Azim Zilmee Syahrunizan, and Hulwati Hulwati, (2024) Pemakaian konsep khiyar dalam transaksi e-dagang. Journal of Contemporary Islamic Law, 9 (2). pp. 73-79. ISSN 0127-788X

[img] PDF
297kB

Official URL: http://www.ukm.my/jcil/

Abstract

Amalan jual beli secara dalam talian tidak lagi dianggap ganjil dalam kalangan masyarakat tempatan mahupun di peringkat antarabangsa bahkan telah menjadi suatu kebiasaan pada era kini. Akan tetapi, di kala terwujudnya amalan jual beli secara dalam talian ini dapat memberikan kemudahan kepada masyarakat, ia juga hadir membawa kekurangan dan juga risiko tertentu. Oleh itu, aspek khiyar atau pilihan, telah diperbincangkan oleh ulama dalam kitab-kitab muktabar sebagai salah satu unsur penting dalam kontrak, terutamanya dalam konteks e-dagang. Terdapat pelbagai jenis khiyar yang dibincangkan oleh ulama yang menunjukkan betapa telitinya para ulama dalam konteks khiyar. Cabaran utama yang berlaku dalam amalan jual beli secara dalam talian di Malaysia ini adalah peningkatan kes penipuan. Oleh itu, perkara ini wajarlah diberikan tumpuan supaya dapat ditangani dengan segera. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji kesesuaian konsep khiyar dalam mengatasi kes penipuan dalam transaksi dalam talian dan menganalisis kerelevanan penerapan konsep khiyar dalam jual beli secara dalam talian. Metod yang digunakan adalah kualitatif berbentuk kajian kes iaitu kes penipuan dalam jual beli secara dalam talian. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis kandungan dokumen. Dapatan kajian menyimpulkan bahawa konsep khiyar ini boleh menjadi solusi dalam mengatasi kes penipuan jual beli secara dalam talian yang berlaku di Malaysia daripada terus berleluasa dan relevan untuk diterapkan dalam undang-undang Malaysia berkaitan e-dagang.

Item Type:Article
Keywords:Khiyar; E-Dagang; Penipuan; Transaksi; Keselamatan maklumat
Journal:Journal of Contemporary Islamic Law
ID Code:25090
Deposited By: Mr. Mohd Zukhairi Abdullah
Deposited On:11 Apr 2025 06:55
Last Modified:14 Apr 2025 06:17

Repository Staff Only: item control page