Muhammad Anas Azmi, and Amir Fazlim Jusoh, (2024) Integrasi ijtihad jama’i (kolektif) dalam institusi-institusi fatwa. Journal of Contemporary Islamic Law, 9 (2). pp. 52-63. ISSN 0127-788X
![]() |
PDF
428kB |
Official URL: http://www.ukm.my/jcil/
Abstract
Umat Islam pada hari ini hidup dengan rintangan-rintangan yang pelbagai dalam kehidupan sama ada dari aspek agama, politik, ekonomi, masyarakat, budaya, cara fikir dan sebagainya. Realiti pada hari ini berhajat untuk mengeluarkan masyarakat dari permasalahan agama dengan kadar waktu yang segera dan meminimakan kemudaratan yang berlaku dalam masyarakat dek kerana limpahan persoalan agama yang tidak boleh bergantung hanya kepada seorang mufti yang dilantik. Oleh itu, objektif kajian ini adalah menghuraikan kelayakan para mufti zaman kini serta munasabah ijtihad fardi kini, menyatakan keperluan penubuhan unit-unit buhuth dalam institusi fatwa serta membahaskan parameter-parameter yang diperlukan untuk merealisasikan ijtihad kolektif dalam institusi fatwa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk menganalisis keahlian Jawatankuasa Fatwa Negeri-Negeri dalam pelaksanaan ijtihād jamā’ī di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa di mana kumpulan pakar dalam berbagai disiplin dapat bekerjasama untuk menghasilkan fatwa yang lebih komprehensif dan sahih. Oleh itu, tindakan Malaysia menubuhkan keahlian jawatankuasa fatwa di negeri-negeri adalah tindakan yang tepat bagi membentuk proses kolektif tersebut selaras dengan Perlembagaan Malaysia Jadual Kesembilan serta perlu memenuhi metodologi untuk membentuk ijtihād jamā’ī, iaitu al-taṣwir (gambaran), al-takyif (penyesuaian), bayan al-ḥukm (penjelasan hukum), al-ifta’ (pengeluaran fatwa) dan al-mushawarah (perbincangan).
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ijtihad jama’i; Institusi fatwa; Mufti; Unit Buhuth; Proses kolektif |
Journal: | Journal of Contemporary Islamic Law |
ID Code: | 25093 |
Deposited By: | Mr. Mohd Zukhairi Abdullah |
Deposited On: | 11 Apr 2025 06:56 |
Last Modified: | 14 Apr 2025 06:15 |
Repository Staff Only: item control page