Shaarini Nair Segaran, and Siti Noraini Hamzah, (2024) Imej binatang dalam peribahasa Tamil: satu analisis teori Relevans. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (4). pp. 1-17. ISSN 2600-9501
![]() |
PDF
234kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...
Abstract
Bahasa merupakan satu fenomena kompleks yang menjadi dasar kepada interaksi manusia. Setiap bahasa adalah unik dari aspek bahasa termasuklah peribahasa. Peribahasa memberikan gambaran tentang kehidupan dan nilai sesuatu masyarakat. Bahasa Tamil juga mempunyai peribaha saying pelbagai. Kajian ini merupakan kajian peribahasa Tamil yang berimejkan binatang dan dianalisis menggunakan teori Relevans. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama, iaitu mengenal pasti dan mengelaskan peribahasa Tamil berimejkan binatang berdasarkan unsur agama Hindudan menganalisis makna peribahasa tersebut menggunakan teori Relevans. Metodologi kajian bersifat kualitatif dan dianalisis menggunakan teori Relevans. Teori Relevans yang digunakan mempunyai tiga elemen utama, iaitu konteks, kesan konteks (kesan kognitif) dan kos memproses. Hasil analisis berjayamengenal pasti 20 peribahasa Tamil berimejkan binatang dari buku A Classified Collection of Tamil Proverbs dan Tamil Proverbs Collection (over 6000) with Their English Translation serta mengaitkannya kepada unsur agama Hindu seperti kehebatan, campur tangan, tidak bernilai, permusuhan, kebijaksanaan, keberanian, kasih sayang, balasan, disiplin dan berhati-hati. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa kebanyakan peribahasa Tamil berimejkan binatang berkait rapat dengan unsur kehebatan. Secara keseluruhannya, teori Relevans serta rangka rujuk silang yang digunakan sangat bersesuaian dan dapat menghuraikan makna sebenar peribahasa dengan lebih tepat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Peribahasa; Binatang; Teori Relevans; Rangka rujuk silang; Tamil |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 25097 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 14 Apr 2025 02:25 |
Last Modified: | 16 Apr 2025 01:47 |
Repository Staff Only: item control page