Tingkah laku politik pengundi di kawasan DUN Panchor, Kelantan

Abdul Aly Syafiq Mohd A’Asri, and Junaidi Awang Besar, (2024) Tingkah laku politik pengundi di kawasan DUN Panchor, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (4). pp. 1-14. ISSN 2600-9501

[img] PDF
404kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Dinamika politik Malaysia yang unik mempengaruhi tingkah laku politik masyarakat untuk mengundi parti politik kegemaran masing-masing sebagai salah satu hak rakyat untuk mengundi pemimpin yang berkaliber. Pemahaman atau ideologi sesebuah parti politik yang berbeza mampu mencorakkan tahap tingkah laku individu tersebut untuk keluar mengundi parti kegemaran berdasarkan minat, tingkah laku dan tahap pemahaman individu terhadap parti politik tersebut. Tingkah laku politik pengundi juga memberi salah satu perhatian terhadap fenomena politik yang berlaku dan menfokuskan kepada struktur dinamika politik itu sendiri dan bagaimana ia mempengaruhi keputusan politik, kuasa dan struktur sosioekonomi negara. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan makalahini untuk mengkaji faktor sokongan pengundi terhadap parti politik di kawasan DUN Panchor, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan yang melibatkan soal selidik, temu bual dan pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data digunakan dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian mendapati bahawa 96 peratus responden menyatakan faktor utama pengundi mengundi Perikatan Nasional (PN) adalahatas dasar pengalaman dan jasa ketika mentadbir negara ketika era Pandemik COVID-19. Seterusnya, 96 peratus responden menganggap PAS memperjuangkan syariat Islam sebagai tonggak tertinggi dan 58 peratus responden pula mengundi PH disebabkan oleh parti berbilang kaum yang sesuai dengan etnik pengundi. Seterusnya, 83.7 peratus responden menyatakan jasa BN dalam memajukan negara merupakan salah satu faktor pengundi mengundi Barisan Nasional (BN). Hasil kajian juga mendapati bahawa 100 responden merasakan pemilihan parti politik memberi kesankepada pembentukan kerajaan. Kesimpulannya, kajian ini penting kerana dapat menambah ilmu pengetahuan, dapat memberi penerangan tentang sikap pengundi yang mencorakkan identiti parti politik itu sendiri, dapat menambah data berkaitan kajian politik pilihan raya dan diharap menjadi rujukan kepada parti politik dan pihak kerajaan supaya dapat meneliti isu dan permasalahan yang berlaku agar lebih peka dalam memenuhi keperluan masyarakat sebaik mungkin.

Item Type:Article
Keywords:Tingkah laku politik; Parti politik; Pengundi; Fahaman politik; Pilihan politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:25098
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:14 Apr 2025 02:33
Last Modified:16 Apr 2025 01:49

Repository Staff Only: item control page