Hubungan antara keterlibatan muzik K-pop, strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat

Nurul Azrina Abdul Halim, and Daniella Mokhtar, (2024) Hubungan antara keterlibatan muzik K-pop, strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (4). pp. 1-19. ISSN 2600-9501

[img] PDF
278kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Muzik sering terlibat dalam aktiviti seharian dan kajian mendapati ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh. Strategi daya tindak sebagai tindak balas terhadap tekanan juga didapati membantu meningkatkan kesejahteraan psikologikal namun kajian dalam kalangan peminat muzik K-pop adalah terhad. Kajian ini mengkaji hubungan antara keterlibatan muzik K-pop, strategi daya tindak dan kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat genre itu. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik Keterlibatan Muzik (MUSEQ), Brief COPE dan Skala Kesejahteraan Psikologikal (PWB-18) dan diedarkan melalui Google Form di media sosial bertumpukan peminat K- pop. Data yang didapati dianalisis menggunakan SPSS secara deskriptif, ujian T, ANOVA dan korelasi Pearson. Analisis kajian yang dijalankan ke atas 422 responden mendapati hipotesis awal kajian ditolakdi mana tiada hubungan signifikan antara keterlibatan muzik dan strategi daya tindak dengan kesejahteraan psikologikal. Ini menunjukkan terdapat faktor lain yang mempengaruhi kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat K-pop. Kajian masa depan boleh meneroka pembolehubah tambahan untuk mendapatkan pemahaman menyeluruh tentang faktor-faktor yang membentuk kesejahteraan psikologikal dalam kalangan peminat K-pop.

Item Type:Article
Keywords:Keterlibatan muzik; Kesejahteraan psikologikal; Peminat K-pop
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:25099
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:14 Apr 2025 02:39
Last Modified:16 Apr 2025 01:53

Repository Staff Only: item control page