Meneroka faktor kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia

Siti Nur Salsabila Royhan Abdullah, and Khadijah Alavi, (2024) Meneroka faktor kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (4). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img] PDF
250kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Kepuasan bekerja memastikan kualiti sesuatu perkhidmatan dalam kalangan profesion ahli akademik. Skop tugas berfokuskan kepada pembelajaran, penerbitan, pengajaran, memberi khidmat kepada masyarakat dan juga perunding. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka cabaran kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah lelaki dan perempuan, mengkaji strategi daya tindak dan juga cadangan program intervensi. Cabaran kepada pensyarah dalam meletakkan KPI sebagai tanggungjawab yang utama berbanding pengajaran dan pembelajaran. Tahap penerimaan KPI pensyarah juga berada pada tahap sederhana. Aspek kemudahan pula masih lagi tidak mencapai tahap yang tinggi. Kajian ini dijalankan menggunakankaedah kualitatif iaitu temu bual separa berstruktur secara bertulis dan menggunakan pendekatan fenomenologi. Lokasi kajian ini dijalankan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM Bangi Selangor. Strategi daya tindak yang bersesuaian boleh digunakan bagi mengurangkan beban kerja, dalam kalangan pensyarah. Cadangan program intervensi dilakukan bagi melihat program dan aktiviti yang boleh dilakukan yang dapat memberikan kepuasan bekerja dalam kalangan pensyarah di tempat kerja. Beberapa cadangan perlu diambil kira iaitu ke pada peringkat awal sesi conference tanpa membuat perbentangan malahan melihat dan mencari jaringan sosial dan juga memperbanyakan lagi program yang berbentuk kemasyarakatan yang boleh memberi kepuasan bekerja dan memberi kebahagian kepada pensyarah.

Item Type:Article
Keywords:Kebahagiaan; Pensyarah; Strategi daya tindak; FSSK
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:25100
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:14 Apr 2025 02:49
Last Modified:14 Apr 2025 02:49

Repository Staff Only: item control page