Impak pengaruh media sosial terhadap amalan pengambilan makanan dalam kalangan belia

Siti Nurhidayah Kamarudin, and Fatin Umaira Muhammad Azian, (2024) Impak pengaruh media sosial terhadap amalan pengambilan makanan dalam kalangan belia. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (4). pp. 1-20. ISSN 2600-9501

[img] PDF
279kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Media sosial hari ini bukan sesuatu yang asing dan telah menjadi sumber maklumat utama bagi hampir semua masyarakat di dunia. Pendedahan pelbagai perkara mudah didapati dengan cepat dan pantas begitu juga dengan sesetengah perkara atau isu viral yang sering menjadi tumpuan warganet. Begitu juga dengan makanan viral yang sering mendapat tontonan yang tinggi di platform media sosial sehingga mempengaruhi pengguna media sosial untuk mencuba makanan viral tersebut tanpa mengira kandungan makanan tersebut sihat atau sebaliknya. Masalah ini sering berlaku dari kalangan belia memandangkan majoriti pengguna tertinggi media sosial terdiri dari belia. Maka, kajian ini perlu dijalankan untuk mengenalpasti tahap pengetahuan amalan pemakanan yang sihat terhadap belia dan mengkaji impak media sosial terhadap amalan pengambilan makanan belia. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik sebagai instrumen kajian kepada150orang belia di daerah Kluang, Johor. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packageforthe Social Sciences (SPSS). Dapatan bagi kajian ini mendapati bahawa pengaruh media sosial memberi impak kepada amalan pengambilan makanan belia dari aspek sosiobudaya, kesihatan dan kewangan. Oleh itu, belia haruslah meningkatkan kesedaran terhadap amalan pengambilan makanan dan mengawal diri daripada terpengaruh dengan perkara yang boleh mendorong ke arah impak yang negatif kepada diri.

Item Type:Article
Keywords:Media sosial; Pemakanan; Amalan; Tabiat; Belia
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:25102
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:14 Apr 2025 03:09
Last Modified:14 Apr 2025 03:09

Repository Staff Only: item control page