Muhammad Firdaus Fadzizi, and Mohd Shazwan Mokhtar, (2024) Zoologi kolonial di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu: pentadbiran dan pemeliharaan hidupan liar, 1911 – 1941. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (4). pp. 1-15. ISSN 2600-9501
![]() |
PDF
255kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...
Abstract
Artikel ini meneroka bidang sejarah alam sekitar di Malaysia ketika era kolonial yang sering terbatas dalam wacana politik dan sosial. Pengenalan undang-undang pertama berkaitan perlindungan haiwa pada tahun 1911 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) oleh British menunjukkan wujudnya kepentingan zoologi dalam pentadbiran kolonial. Pada peringkat NNMB, undang-undang tersebut digunakan untuk mengawal aktiviti pemburuan haiwan oleh pemburu Eropah. Walau bagaimanapun, tiada kajian jelas yang menghubung kait kepentingan wujudnya pentadbiran kolonial berkaitan zoologi dengan aktiviti pemburuan di haiwan NNMB. Oleh itu, kajian ini meneliti pembentukan undang-undang berkaitan zoologi kolonial dan pengaruhnya terhadap aktiviti pemburuan haiwan. Penelitian ini dapat membuktikan kepentingan pengetahuan zoologi di NNMB terhadap kolonialisme British di Tanah Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan sejarah dalam membina pengetahuan zoologi era kolonial di NNMB. Justeru, rekod CO 576, 717, Sel. Sect. dan HCO digunakan bagi membuktikan pembentukan undang-undang dan pentadbiran zoologi kolonial. Hasil kajian mendapati perlindungan haiwan liar dikawal melalui Enakmen Perlindungan Haiwan dan burung Liar 1911, Enakmen Perlindungan Haiwan dan burung Liar 1921 dan ‘Enakmen Perlindungan Haiwan dan burung Liar 1925’. Kepentingan pentadbiran perlindungan haiwan liar di NNMB adalah untuk mengawal aktiviti pemburuan Eropah seperti ‘Big Game’, ‘Rare Birds’, ‘Deer’ dan anggota haiwan dijadikan hadiah kepada orang kenamaan Eropah.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Hobi memburu; Enakmen; Pentadbiran perlindungan haiwan |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 25103 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 14 Apr 2025 03:15 |
Last Modified: | 14 Apr 2025 03:15 |
Repository Staff Only: item control page