Unsur realisme menurut kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah dalam Syair Muhammad Salleh

Siti Nur Suhaili, and Rahimah Hamdan, (2024) Unsur realisme menurut kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah dalam Syair Muhammad Salleh. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (4). pp. 1-21. ISSN 2600-9501

[img] PDF
255kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/3...

Abstract

Kedatangan sarjana Barat ke Alam Melayu menyebabkan kesusasteraan Melayu terbahagi kepada dua periodisasi iaitu tradisional dan moden. Nama Munshi Abdullah diperkenalkan dalam korpus kesusasteraan Melayu sehingga membawa kepada penobatan beliau sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Pengiktirafan tersebut disebabkan oleh penerapan unsur Realisme dalam karya yang membezakan beliau dengan pengarang Melayu terdahulu. Walaubagaimanapun, unsur ‘Realisme’ menurut acuan Barat ini menolak syair yang mendapat tempat dalam kalangan para pengarang Melayu pada ketika itu. Tambah ironi apabila Munshi Abdullah turut menerapkan unsur Realisme ini dalam syair-syair beliau. Berteraskan kontradikini, kajian mengetengahkan satu syair yang berfokuskan kepada realiti atau ‘berpijak di bumi nyata’ iaitu Syair Muhammad Salleh yang dikarang pada abad ke-19. Terdapat dua objektif kajian yang diselesaikan iaitu mengenal pasti unsur-unsur Realisme menurut kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah dan menganalisis unsur-unsur Realisme tersebut dalamSyair Muhammad Salleh. Metodologi kajian secara analisis teks terhadap Syair Muhammad Salleh menggunakan konsep Realisme menurut kerangka kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah oleh Rahimah Hamdan (2023). Kerangka ini memberi penekanan kepada logik dan penolakan kepada tahyul dan khurafat. Dapatan kajian mendapati syair ini menepati ciri-ciri kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah. Natijahnya, kajian ini dapat mengangkat bentuk puisi (syair) sebagai wahana kemodenan dalam kesusasteraan Melayu dan tidak diketepikan tanpapengadilan sewajarnya.

Item Type:Article
Keywords:Syair; Syair Muhammad Salleh; Kemodenan kesusasteraan Munshi Abdullah; Logik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:25105
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:14 Apr 2025 03:31
Last Modified:16 Apr 2025 04:05

Repository Staff Only: item control page