Dokumentasi, analisis dan penggunaan hadith: satu penilaian keatas rekabentuk masjid moden di Malaysia

N. Utaberta, and H. Othman, and M. Surat, (2010) Dokumentasi, analisis dan penggunaan hadith: satu penilaian keatas rekabentuk masjid moden di Malaysia. Journal of Building Performance, 1 (1). pp. 29-56. ISSN 2180-2106

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

900kB

Official URL: http://www.ukm.my/~jsb/jbp/index.html

Abstract

Kertas kerja ini cuba untuk menyusun dan menganalisa hadith dalam memberi pendekatan pilihan untuk rekabentuk masjid moden di Malaysia. Kajian dilakukan dengan membuat pengumpulan Hadith-hadith himpunan Bukhari dan Muslim yang kemudian dihuraikan dan dijadikan kerangka rujukan bagi menangani pelbagai permasalahan dan kecelaruan rekabentuk masjid yang terjadi di Malaysia. Kajian ini terbahagi kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama mengandungi kajian mengenai isu dan permasalahan rekabentuk masjid di Malaysia. Bahagian dua pula terdiri daripada dokumentasi dan analisis terhadap himpunan Hadith-hadith berkenaan dalam menyingkapi pelbagai isu dan permasalahan rekabentuk masjid di Malaysia dan dunia. Diharapkan melalui kajian ini kita dapat memahami penggunaan hadith sebagai salah satu pendekatan utama dan menjadi kerangka pertimbangan dalam penghasilan rekabentuk masjid moden di Malaysia untuk masa kini dan masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:Hadith; Reka Bentuk Masjid Moden; Seni Bina Islam
Journal:Journal of Building Performance
ID Code:2516
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:03 Aug 2011 07:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page