Nur Syazwani Mohd. Rafi, and Rahimah Hamdan, (2024) Keindahan nasihat dan sindiran dalam Pantun Peribahasa Melayu gubahan Loo Mun. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (5). pp. 1-14. ISSN 2600-9501
![]() |
PDF
253kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws
Abstract
Kesusasteraan Melayu Tradisional memperlihatkan keintelektualan akal budi dan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Beberapa bentuk hasil karya seperti prosa dan puisi mewarnai korpus kesusasteraan Melayu berteraskan estetika dan falsafah yang tersendiri. Misalnya bentuk pantun yang masih popular sehingga kini. Tambah mengkagumkan apabila Pantun Peribahasa Melayu turut diminati oleh pengarang bukan Melayu seperti Goh Thean Chye atau nama penanya Loo Mun. Beliau merupakan seorang penulis yang seringkali menggunakan pantun sebagai wahana untuk menyampaikan pemikirannya. Justeru, apakah amanat yang dominan dalam Pantun Peribahasa Melayu gubahan Loo Mun ini? Bagaimana keindahan aspek yang dominan ini digubah oleh Loo Mun dalam karya tersebut? Ini merelevankan objektif kajian ini iaitu mengenal pasti dan menganalisis keindahan aspek nasihat dan sindiran dalam Pantun Peribahasa Melayu gubahan Loo Mun. Metodologi menerusi kaedah analisis teks menggunakan Teori Keindahan Braginsky terhadap Pantun Peribahasa Melayu gubahan Loo Mun (1968). Aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah mengenalpasti definisi keindahan, menjelaskan dan menganalisis keindahan aspek nasihat dan sindiran yang diketengahkan dalam Pantun Peribahasa Melayu oleh Loo Mun. Dapatan kajian menunjukkan pantun peribahasa yang digubah oleh Loo Mun banyak memfokuskan kepada aspek nasihat dan sindiran. Kajian ini membuktikan bahawa Loo Mun berjaya menggunakan keindahan dalam peribahasa Melayu dalam bentuk pantun demi menambat hati khalayak yang terdiri daripada pelbagai bangsa. Secara tidak langsung membuktikan bahawa pantun merupakan khazanah masyarakat tradisional yang tinggi nilai keindahannya sehingga mampu memapar pengajaran sarat dengan pendidikan kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira ras, bangsa dan agama.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Pantun; Keindahan; Peribahasa; Loo Mun; Braginsky |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 25163 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 24 Apr 2025 07:42 |
Last Modified: | 24 Apr 2025 07:42 |
Repository Staff Only: item control page