Peranan komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian belia: kajian terhadap fungsi personal, interaksional, dan informasi

Nur Syuhada Mokhzan, (2024) Peranan komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian belia: kajian terhadap fungsi personal, interaksional, dan informasi. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (5). pp. 1-13. ISSN 2600-9501

[img] PDF
535kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh semua individu tanpa mengira latar belakang, kerana ia menjadi asas kepada hubungan yang melibatkan proses penyampaian dan penerimaan informasi. Keberkesanan komunikasi dan penggunaan teknologi maklumat ditentukan oleh beberapa faktor, termasuk informasi yang disampaikan, pengetahuan, sikap, serta keadaan fizikal dan sosial. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kemahiran komunikasi dan fungsi komunikasi dalam kalangan belia yang berumur 20 – 25 tahun di Bangi serta hubungannya dengan kesejahteraan hidup mereka dalam aspek ekonomi, kesihatan, dan pendidikan. Kajian ini turut menggunakan instrumen dari Armstrong’s Interpersonal Communication Inventory, yang terdiri daripada 52 item penilaian kendiri dengan nilai kebolehpercayaan 0.89 sebagai pengukuran hasil dapatan kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa 55.3% daripada responden mempunyai tahap komunikasi sederhana, manakala 44.7% berada pada tahap tinggi. Fungsi komunikasi belia dibahagikan kepada empat kategori utama: personal, instrumental, interaksional, dan informasi, dengan min antara 2.80 hingga 3.13. Ini menunjukkan bahawa belia menggunakan komunikasi untuk tujuan personal, penyampaian informasi, hubungan sosial, dan instrumental. Kajian ini menekankan pentingnya meningkatkan kemahiran komunikasi di kalangan belia untuk memperbaiki kualiti hidup mereka, khususnya dalam konteks masyarakat.

Item Type:Article
Keywords:Kemahiran komunikasi; Belia; Kesejahteraan hidup; Fungsi komunikasi; Komuniti sosioekonomi rendah
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:25165
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:24 Apr 2025 07:54
Last Modified:24 Apr 2025 07:54

Repository Staff Only: item control page