Interprestasi makna metafora dalam akhbar pada ruangan politik: satu analisis teori relevans

Syahirah Alias, and Siti Noraini Hamzah, (2024) Interprestasi makna metafora dalam akhbar pada ruangan politik: satu analisis teori relevans. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (5). pp. 1-17. ISSN 2600-9501

[img] PDF
261kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Metafora Melayu dibentuk melalui kaedah atau proses perumpamaan atau perbandingan atau jenis yang bersifat analogis, kiasan, bidalan yang disampaikan melalui pelbagai jenis simpulan bahasa, peribahasa, pepatah, mitonomi atau personafikasi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti metafora yang terdapat dalam akhbar, mengkategorikan metafora menggunakan pengkategorian yang sesuai dan menginterpretasi makna metafora yang digunakan dengan menggunakan teori Relevans. Kebanyakkan kajian berkenaan metafora yang dijalankan adalah berkaitan dengan karya penulisan novel, penulisan pantun, syair dan sebagainya. Kajian metafora yang berkait dengan akhbar kurang dijalankan oleh manamana pengkaji. Percanggahan pendapat antara pengkaji-pengkaji bahasa dalam menentukan takrifan sebenar bagi metafora menyebabkan kesukaran dalam mengenal pasti metafora. Data dalam kajian ini diambil daripada akhbar Utusan Malaysia pada ruangan politik. Kemudian data tersebut dianalisis dengan menggunakan Teori Relevans. Hasil dapatan menunjukkan bahawa metafora mempunyai gambaran melalui keserupaan dan lebih mudah difahami secara berkonteks. Penggunaan metafora dalam teks akhbar ini juga dapat memberi kesan kepada pembaca untuk mengetahui situasi politik yang sebenar. Oleh itu, jelaslah bahawa kandungan akhbar dapat ditafsir dengan baik dari sudut pragmatiknya jika ia dilakukan berdasarkan konteks yang difahami oleh pembaca.

Item Type:Article
Keywords:Metafora; Teori relevans; Interpretasi; Akhbar; Politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:25166
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:24 Apr 2025 08:00
Last Modified:24 Apr 2025 08:00

Repository Staff Only: item control page