Nurul Hana Mohamad Ali, and Fazal Mohamed Mohamed Sultan, (2024) Kata kerja bahasa Jakun: analisis kerangka minimalis. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (5). pp. 1-16. ISSN 2600-9501
![]() |
PDF
388kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws
Abstract
Bahasa Jakun ialah bahasa Austronesia yang merupakan cabang kepada Bahasa Melayu Purba. Bahasa Jakun dikatakan telah banyak meminjam kosa kata dan nahu daripada bahasa Melayu. Pernyataan ini telah mendorong pengkaji untuk mengkaji struktur ayat khususnya kata kerja dalam bahasa Jakun. Oleh hal yang demikian, makalah ini membincangkan Kata Kerja Bahasa Jakun: Analisis Kerangka Minimalis. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis kata kerja bahasa Jakun dengan menggunakan pendekatan Kerangka Minimalis. Pengkaji telah menemu bual 4 responden yang merupakan penutur natif bahasa Jakun yang merupakan penduduk di Kampung Tenggalong, Rompin, Pahang. Kajian ini mendapati bahawa struktur ayat bahasa Jakun adalah sama dengan bahasa Melayu, di mana strukturnya adalah SUBJEK-KERJAAN-OBJEK (SKO) dan dapat disimpulkan bahawa kata kerja yang didapati dalam bahasa Jakun adalah kata kerja transitif dan kata kerja dwitransitif. Kata kerja juga hadir bersama kala yang berbentuk kala lepas dan kala kini.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kata kerja; Bahasa Jakun; Analisis kerangka minimalis; Austronesia; Orang Asli |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 25167 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 24 Apr 2025 08:06 |
Last Modified: | 02 May 2025 01:49 |
Repository Staff Only: item control page