Gelagat pengundi dalam Pilihan Raya Negeri di kawasan DUN Apam Putra, Rantau Panjang, Kelantan

Zulsyazrina Jusoh, and Junaidi Awang Besar, (2024) Gelagat pengundi dalam Pilihan Raya Negeri di kawasan DUN Apam Putra, Rantau Panjang, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (5). pp. 1-15. ISSN 2600-9501

[img] PDF
870kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Kemenangan calon Parti se-Islam Malaysia di kawasan kajian iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Apam Putra menunjukkan gelagat pengundi yang yang terpengaruh dengan tindakan dan tekad daripada calon PAS yang seterusnya berjaya mengekalkan kerusi (DUN) dengan jayanya di kawasan tersebut. Gelagat pengundi yang berbeza adalah dipengaruhi oleh maklumat politik yang diterima daripada pelbagai sumber. Ini membabitkan sama ada parti pemerintah atau pembangkang yang kemudian dinilai oleh pengundi berdasarkan pengetahuan dan kecenderungan mereka. Justeru itu, adalah menjadi tujuan kajian ini untuk menganalisis gelagat pengundi dalam Pilihan Raya Negeri 2023 di kawasan N.16 DUN Apam Putra, Rantau Panjang, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah mengumpul data lapangan menggunakan soal selidik; yang melibatkan 50 orang responden, kaedah temu bual; yang melibatkan tiga oranginforman dan kaedah pemerhatian di lapangan. Teknik menganalisis data primer berdasarkan score sheets serta sumber data primer dan sekunder yang lain dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 18.0. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan responden (pengundi) merujuk maklumat politik dan hal ehwal semasa berdasarkan media elektronik dan media alternatif serta sumber lain di kawasan kajian. Majoriti responden memberi reaksi negatif terhadap isu dasar Kerajaan Persekutuan/ Pakatan Harapan dan yang lainnya bersikap neutral terhadap isu-isu sedemikian yang tidak melibatkan mereka secara langsung. Bagi isu dasar Kerajaan Negeri/PAS pula, pengundi mempunyai persepsi yang positif terhadap pemerintahan yang dilaksanakan. Keperluan dan keinginan responden dipenuhi rata-ratanya dan mereka berpuas hati. Tambahan juga, jika dilihat dari sudut pembangunan moral dan rohani adalah program pembangunan yang paling memuaskan serta perpaduan rakyat memenuhi kepentingan pengundi dari aspek keharmonian dan keselesaan. Namun begitu, terdapat juga ketidakpuasan responden terutamanya pengundi muda dari aspek jaringan internet, pembangunan pusat perkilangan dan peluang pekerjaan. Hasil analisis keputusan PRN-15 di kawasan kajian adalah memihak kepada PAS mengikut pola pengundian berdasarkan DM, saluran mengundi dan lokasi geografi. Faktor kemenangan PAS di Kelantan secara keseluruhannya adalah berdasarkan pengaruh dan sentimen pengundi terhadap dasar pemerintahan Islam yang dibawa PAS manakala faktor kekalahan BN pula disebabkan faktor skandal politik, penyalahgunaan kuasa, dan faktor calon yang diboikot pengundi. Kajian pilihan raya yang dijalankan di negeri Kelantan adalah penting untuk menyumbang kepada pengetahuan geopolitik dan geografi pilihan raya kerana sumber rujukan yang terhad. Kesimpulannya, adalah diharapkan supaya setiap ahli politik dan parti politik bukan sahajaberpolitik tetapi dapat menyumbang kepada pembangunan negeri dan negara.

Item Type:Article
Keywords:Gelagat pengundi; Maklumat politik; Persepsi; Perpaduan; Pilihan politik
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:25168
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:24 Apr 2025 08:24
Last Modified:02 May 2025 01:55

Repository Staff Only: item control page