Sosialisasi budaya politik di Malaysia: kajian kes masyarakat di Permatang Pauh Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)

Intan Syahidah Sudin, and Muhammad Rahimi Hasan, (2024) Sosialisasi budaya politik di Malaysia: kajian kes masyarakat di Permatang Pauh Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Jurnal Wacana Sarjana, 8 (5). pp. 1-20. ISSN 2600-9501

[img] PDF
867kB

Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws

Abstract

Kajian ini meneliti isu sosialisasi budaya politik di Malaysia dengan tumpuan khusus terhadap kajian kes masyarakat di Permatang Pauh Pasca Pilihan Raya Umum ke-14. Permatang Pauh telah dipilih sebagai tempat kajian kerana kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor kejatuhan parti politik yang telah mendominasi pentadbiran politik kawasan tersebut semenjak kira-kira 40 tahun yang lalu. Bagi meneliti isu sosialisasi budaya politik ini, kajian menggariskan tiga objektif kajian yang utama. Pertama, menjelaskan faktor-faktor kejatuhan parti Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Pakatan Harapan (PH) dalam aspek perubahan corak dan budaya sosialisasi yang dibawa oleh masyarakat di Permatang Pauh. Kedua, mengenal pasti agen sosialisasi yang membawa pengaruh terkuat dan memberikan kesan yang paling signifikan terhadap pemahaman politik generasi muda di Permatang Pauh dalam PRU15. Ketiga, menilai impak proses sosialisasi politik terhadap kemunculan dan perkembangan elemen negatif seperti ketaksuban dan extremisme. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif. Data dikumpulkan menerusi kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik dan rujukan perpustakaan… Hasil kajian ini menemukan tiga dapatan kajian. Pertama, antara faktor kejatuhan PKR dan Pakatan Harapan didapati merupakan kesan daripada penglibatan golongan belia dalam Pilihan Raya Umun ke-15 (PRU15)… Kedua, agen-agen sosialisasi yang telah membawa kesan yang ketara terhadap pemahaman politik generasi muda ialah media, ibu-bapa dan keluarga serta rakan sebaya… Ketiga, impak proses sosialisasi politik terhadap kemunculan elemen negatif ketaksuban dan ekstremisme adalah berlakunya konflik perkauman dan agama yang lebih kritikal… Maka, kajian terhadap sosialisasi budaya politik di Permatang Pauh ini mengusulkan agar pemahaman politik dapat diterapkan dalam bentuk yang lebih formal seperti pendidikan bermula di peringkat sekolah menengah.

Item Type:Article
Keywords:Sosialisasi budaya politik; Permatang Pauh; Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14); Pakatan Harapan (PH) dan Ekstremisme
Journal:Jurnal Wacana Sarjana
ID Code:25169
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:24 Apr 2025 08:30
Last Modified:24 Apr 2025 08:30

Repository Staff Only: item control page