Nur Faeiz Mohd Yasin, and Noremy Md Akhir, (2024) Meneroka pengalaman remaja dan kesan emosi akibat perceraian ibu bapa di negeri Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 8 (5). pp. 1-12. ISSN 2600-9501
![]() |
PDF
234kB |
Official URL: https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pengalaman remaja dan kesan emosi akibat perceraian ibu bapa di negeri Selangor. Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan, jumlah pasangan muslim yang bercerai semakin meningkat iaitu daripada 30,709 pada tahun 2017 kepada 40,269 pada tahun 2018. Data ini menunjukkan bahawa masalah perceraian dikalangan ibu bapa di Malaysia amat serius dan sedikit sebanyak telah mengganggu kesejahteraan hidup anak-anak. Oleh itu, objektif kajian ini ialah meneroka pengalaman remaja dan kesan emosi akibat perceraian ibu bapa di negeri Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif degan temu bual separa berstruktur sebagai kaedah pengumpulan data. Lima informan telah dipilih untuk kajian ini menggunakan persempelan bertujuan. Data temu bual yang diperoleh dianalisis menggunakan teknik analisis tematik. Hasil daripada kajian yang dijalankan mendapati remaja mempunyai pengalaman buruk dan trauma akibat perceraian ibu bapa mereka. Namun begitu, mangsa perceraian mempunyai pelbagai pengalaman perceraian seperti Kesukaran menuju fasa dewasa, Masalah kewangan, Masalah tempat tinggal selamat dan kesan emosi remaja. Implikasi kajian ini adalah memberi kesedaran kepada ibu bapa dan mangsa perceraian serta intervensi berbentuk sokongan emosi perlu disedaikan oleh pihak berkaitan agar kesejahteraan emosi anak-anak ini dapat dikawal walau berhadapan dengan pelbagai konflik rumah tangga.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Kesukaran menuju fasa dewasa; Masalah kewangan; Masalah tempat tinggal selamat; Kesan emosi remaja |
Journal: | Jurnal Wacana Sarjana |
ID Code: | 25171 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 25 Apr 2025 07:21 |
Last Modified: | 02 May 2025 01:00 |
Repository Staff Only: item control page