Pemerolehan, analisis dan interpretasi data fMRI: kehubungan efektif dalam korteks auditori primer manusia

Ahmad Nazlim Yusoff, and Mazlyfarina Mohamad, and Khairiah Abdul Hamid, and Aini Ismafairus Abd Hamid, and Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari, (2011) Pemerolehan, analisis dan interpretasi data fMRI: kehubungan efektif dalam korteks auditori primer manusia. Sains Malaysiana, 40 (6). pp. 665-678. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kajian ke atas sifat kehubungan efektif dalam korteks auditori dilakukan ke atas lima orang subjek Melayu lelaki sihat berumur antara 20 hingga 40 tahun menggunakan pengimejan resonans magnet kefungsian (fMRI), pemetaan statistik berparameter (SPM5) dan pemodelan dinamik penyebab (DCM). Paradigma pengimejan senyap digunakan untuk mengurangkan artifak bunyi pengimbas di atas imej kefungsian. Subjek dikehendaki menumpukan perhatian kepada stimulus hingar putih yang diperdengarkan secara binaural pada keamatan 70 dB lebih tinggi daripada aras pendengaran manusia normal. Pengkhususan kefungsian dikaji menggunakan perisian SPM5 yang berasaskan Matlab melalui analisis kesan malar (FFX), kesan rawak (RFX) dan konjunksi. Analisis individu ke atas semua subjek menunjukkan pengaktifan bilateral yang tidak simetri di antara korteks auditori kanan dan kiri pada kawasan Brodmann (BA)22, 41 dan 42 melibatkan korteks auditori primer dan sekunder. Tiga kawasan auditori di korteks auditori kanan dan kiri tersebut dipilih untuk penentuan kehubungan efektif melalui pembentukan sembilan model rangkaian. Kehubungan efektif ditentukan ke atas empat daripada lima subjek dengan mengecualikan seorang subjek yang mempunyai koordinat BA22 yang terletak terlalu jauh daripada koordinat BA22 yang diperoleh daripada analisis kumpulan. Keputusan DCM menunjukkan kewujudan kehubungan efektif di antara ketiga-tiga kawasan auditori yang dipilih di kedua-dua korteks auditori. Pada korteks auditori kanan, BA42 dikenalpasti sebagai pusat masukan dengan kehubungan efektif satu arah selari BA42 → BA41 dan BA42 → BA22. Walau bagaimanapun, untuk korteks auditori kiri, pusat masukan adalah BA41 dengan kehubungan efektif satu arah selari BA41→BA42 dan BA41→BA22. Kehubungan di antara kawasan auditori yang mengalami pengaktifan mencadangkan kewujudan lintasan isyarat dalam korteks auditori walaupun semasa subjek mendengar bunyi hingar

Item Type:Article
Keywords:Kawasan Brodmann; Pemetaan Statistik Berparameter; Pemodelan dinamik penyebab, Pengimejan Resonans Magnet Kefungsian
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2520
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Aug 2011 08:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:31

Repository Staff Only: item control page