Siti Nurfaeiza Abd Razak, and Shamsul Khamis, and Mohd Afiq Aizat Juhari, (2025) Hubung kait perumah Rafflesia (Tetrastigma sp.) dengan komuniti tumbuhan dan ciri mikrohabitat di Hutan Simpan Jerantut Tambahan, Mukim Ulu Cheka, Daerah Jerantut, Pahang. Sains Malaysiana, 54 (3). pp. 677-689. ISSN 0126-6039
![]() |
PDF
489kB |
Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num3_...
Abstract
Kajian ini menilai komposisi spesies tumbuhan dan struktur komuniti habitat populasi Rafflesia serta pengaruh faktor mikrohabitat terhadap kehadiran spesies ini di Hutan Simpan Tambahan Jerantut, Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Plot kajian dibina menggunakan kaedah pensampelan plot lingkaran bersarang dengan radius 10 m yang merangkumi pokok dengan diameter pada paras dada (DBH) 1.0 cm dan ke atas. Sejumlah 99 individu terdiri daripada 62 spesies, 45 genus dan 25 famili direkodkan. Dipterocarpaceae mencatatkan famili tertinggi dengan enam spesies, diikuti oleh Fabaceae dan Euphorbiaceae kedua-duanya dengan lima spesies. Kepadatan pokok secara keseluruhan adalah 396 individu/ha (ind/ha) dengan Fabaceae mencatatkan famili yang tertinggi dengan 44 ind/ha. Luas pangkal keseluruhan adalah 18.55 m²/ha dengan Dipterocarpaceae menyumbang nilai tertinggi dengan 9.20 m²/ha pada peringkat famili dan Shorea ovalis menyumbangkan nilai tertinggi pada peringkat spesies dengan 8.30 m²/ha dan merekodkan Indeks Nilai Kepentingan (IVi) tertinggi pada 16.45%. Nilai Indeks Kepelbagaian Shannon (H’) adalah 3.86, Indeks Keseragaman Shannon (E) 0.94 dan Indeks Kekayaan Margalef (R) dengan 15.5. Kajian ini merekodkan nilai pH tanah mempengaruhi kemunculan empat daripada lapan populasi Rafflesia. Penemuan ini dapat membantu dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan habitat Rafflesia dengan melihat kepada ciri mikrohabitat yang perlu diambil perhatian bagi memastikan kemandirian spesies ini. Hasil kajian juga digunakan bagi membuat ramalan kemunculan Rafflesia di kawasan baharu berdasarkan faktor mikrohabitat yang dikenal pasti.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Komposisi spesies; Mikrohabitat; Rafflesia; Struktur komuniti |
Journal: | Sains Malaysiana |
ID Code: | 25201 |
Deposited By: | Siti Zarenah Jasin |
Deposited On: | 08 May 2025 04:48 |
Last Modified: | 08 May 2025 04:48 |
Repository Staff Only: item control page