Analisis pencemaran mikroplastik dalam ikan tongkol (Euthynnus affinis) di Perairan Semenanjung Malaysia

Sinoretha Sining, and Adlin I. Arba’in, and Maisarah I. Amizuri, and Azwan Mat Lazim, and Fuad M. Miskon, and Fikriah Faudzi, and Mazlan Abd. Ghaffar, and Syafiq M. Musa, (2025) Analisis pencemaran mikroplastik dalam ikan tongkol (Euthynnus affinis) di Perairan Semenanjung Malaysia. Sains Malaysiana, 54 (3). pp. 721-731. ISSN 0126-6039

[img] PDF
1MB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num3_...

Abstract

Pencemaran mikroplastik dalam persekitaran marin telah mencapai tahap yang semakin membimbangkan di seluruh dunia. Kajian mengenai pencemaran mikroplastik pada organisma marin masih kurang di Malaysia, terutama bagi spesies yang turut menjadi makanan laut dan sajian utama di Malaysia, contohnya ikan tongkol (Euthynnus affinis). Sebanyak 207 organ telah diekstrak keluar daripada 69 ekor ikan tongkol dengan tiga organ diambil daripada setiap ikan (iaitu saluran gastrousus, insang dan kulit) yang telah disampel dari empat kawasan pendaratan ikan utama di Malaysia, iaitu Kuala Terengganu, Terengganu; Kuantan, Pahang; Mersing, Johor; dan Kuala Selangor, Selangor. Hasil kajian menunjukkan kulit ikan tongkol mempunyai kandungan mikroplastik tertinggi (1.52 ± 0.91 mikroplastik per gram) berbanding organ insang dan saluran gastrousus. Jenis mikroplastik yang paling dominan dijumpai adalah berbentuk serat (89.95%), diikuti dengan serpihan (10.05%). Warna mikroplastik paling banyak dikenal pasti ialah hitam (61.58%) dan biru (21.39%). Julat saiz 0.01-1.00 mm merupakan saiz mikroplastik yang paling banyak dijumpai. Kelimpahan mikroplastik berkorelasi positif dengan saiz badan ikan menunjukkan kandungan mikroplastik pada ikan tongkol semakin bertambah seiring dengan pertambahan umur dan saiz badan ikan. Data kajian ini menemukan mikroplastik pada kesemua organ ikan tongkol yang dikaji, maka adalah disarankan agar kulit luaran ikan perlu dibersihkan dan organ dalaman seperti insang dan saluran gastrousus perlu disiang terlebih dahulu sebelum digunakan dalam sebarang penyediaan hidangan makanan bagi mengurangkan risiko kemasukan mikroplastik terhadap manusia melalui pemakanan ikan tongkol ini.

Item Type:Article
Keywords:Ikan komersial; Ikan tongkol; Mikroplastik; Pencemaran marin
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:25204
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:09 May 2025 07:35
Last Modified:09 May 2025 07:35

Repository Staff Only: item control page