Pemodelan kemeruapan dan gelembung dalam pasaran mata wang kripto menggunakan pendekatan rantaian Markov tersembunyi

Nurul ‘Ain Syafiqah M.Safee, and Saiful Izzuan Hussain, (2025) Pemodelan kemeruapan dan gelembung dalam pasaran mata wang kripto menggunakan pendekatan rantaian Markov tersembunyi. Sains Malaysiana, 54 (3). pp. 745-755. ISSN 0126-6039

[img] PDF
656kB

Official URL: https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num3_...

Abstract

Keadaan pasaran mata wang kripto sukar untuk dijangkakan kerana mempunyai kemeruapan yang tinggi. Kajian ini menggunakan model rantaian Markov tersembunyi dalam mengelaskan pergerakan utama mata wang kripto. Hasil kajian menunjukkan pasaran mata wang kripto beralih antara lima keadaan yang dikelaskan kepada beberapa pasaran menaik dan menurun mengikut tahap kemeruapan. Kejadian letusan gelembung pasaran yang berlaku semasa krisis mata wang kripto dikesan banyak berada dalam keadaan pasaran menurun dengan kemeruapan tertinggi. Hasil kajian yang diperoleh ini termasuklah kebarangkalian peralihan dapat digunakan oleh para pelabur bagi menyusun strategi pelaburan yang berkesan untuk memperoleh pulangan yang tinggi.

Item Type:Article
Keywords:Model rantaian Markov tersembunyi; Pasaran menaik; Pasaran menurun
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:25206
Deposited By: Siti Zarenah Jasin
Deposited On:09 May 2025 07:47
Last Modified:09 May 2025 07:47

Repository Staff Only: item control page