Kawasan tadahan Utara Putrajaya, Malaysia-cabaran pengurusan kualiti air Putrajaya, Malaysia

Mohd. Zamri Daud, and Joy Jacqueline Pereira, and Mazlin Mokhtar, (2011) Kawasan tadahan Utara Putrajaya, Malaysia-cabaran pengurusan kualiti air Putrajaya, Malaysia. Sains Malaysiana, 40 (8). pp. 831-840. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kawasan Pentadbiran Putrajaya merangkumi 70% daripada kawasan tadahan Tasik Putrajaya. Kerja-kerja pembangunan yang dijalankan di dalam kawasan Putrajaya kebiasaannya dapat dikawal dengan merujuk kepada peraturan-peraturan dan garis panduan yang telah disediakan oleh pihak Perbadanan Putrajaya dalam memastikan kualiti air Tasik dan Tanah Bencah Putrajaya sentiasa mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Seluas 30% daripada kawasan tadahan Tasik dan Tanah Bencah Putrajaya terletak di luar pentadbiran dan kawalan pihak berkuasa Putrajaya. Kawasan tadahan Utara Putrajaya adalah kawasan tadahan yang luas yang menyumbang sebahagian besar air yang memasuki kawasan Tasik dan Tanah Bencah Putrajaya. Berasal dari anak Sg. Chuau kini ia telah membentuk satu kawasan tasik dan tanah bencah tersebut. Data kualiti air yang dilakukan oleh pihak berkuasa Putrajaya iaitu Perbadanan Putrajaya dari tahun 2002 sehingga 2005 dianalisis bagi mengenalpasti masalah utama kualiti air dari kawasan Tadahan Utara Tanah Bencah Putrajaya. Data kualiti air yang dicatat sepanjang tahun 2002 mendapati purata peratusan parameter yang melebihi standard Putrajaya bagi ammoniakal nitrogen (NH3-N) ialah 43.7%, E. coli 31.3%, TSS 12.5% manakala DO dan COD masing-masing 6.2%. Untuk sepanjang tahun 2003, purata peratusan parameter bagi NH3-N ialah 23.7%, E. coli 18.4%, jumlah koliform 18.4%, TSS 2.6%, DO 13.2%, COD 13.2%, dan BOD 10.5%. Untuk sepanjang tahun 2004, purata peratusan parameter bagi NH3-N ialah 35.5%, E. coli 22.6%, jumlah koliform 12.9%, TSS 9.7%, COD 3.2%, dan BOD 16.1%. Untuk tahun 2005, purata peratusan parameter bagi E. coli 36.4%, NH3-N ialah 22.7%, jumlah koliform 18.2%, BOD 13.6%, DO 4.5%, dan COD juga 4.5%. Secara keseluruhan, analisis bagi tempoh empat tahun ini mendapati parameter NH3-N dan E. coli sering kali menunjuk bacaan yang tidak mematuhi Piawaian Putrajaya. Punca utama masalah kualiti air di kawasan Tadahan Utara Tanah Bencah Putrajaya adalah kegagalan mengurus kawasan tadahan secara bersepadu dan sikap pihak berkepentingan di kawasan kajian tidak mengurus dan mengawal secara menyeluruh masalah air larian, kawasan terbuka dan kelodakan ketika membangunkan kawasan.

Item Type:Article
Keywords:Ammonia; E. coli; kelodak; kualiti air; tanah bencah
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2606
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Aug 2011 07:39
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page