Variasi alkohol lemak dalam sedimen permukaan di Sungai Sepang Besar, Sepang, Selangor

Masni Mohd Ali, and Norfariza Humrawali, and Pang, Qing Ying and Mohd Talib Latif, and Mohamad Pauzi Zakaria, (2011) Variasi alkohol lemak dalam sedimen permukaan di Sungai Sepang Besar, Sepang, Selangor. Sains Malaysiana, 40 (8). pp. 841-851. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kandungan alkohol lemak di dalam 19 sampel sedimen permukaan di Sungai Sepang Besar, Sepang, Selangor telah dianalisis menggunakan kromatografi gas-spektrometer jisim (GC-MS). Sebanyak 19 sebatian alkohol lemak dengan julat kepekatan 0.02 μg/g – 9.01 μg/g berat kering dikenalpasti yang terdiri daripada alkohol lemak C12 sehingga C30 termasuk 4 sebatian bercabang. Alkohol lemak C26 mendominasi kebanyakan stesen persampelan dengan julat 0.29 – 5.43 μg/g berat kering, iaitu 15.5% daripada jumlah alkohol lemak. Berdasarkan kepekatan individu sebatian alkohol lemak dan nisbah [Σ(C12 - C20)/Σ(C22 - C30)], Sungai Sepang Besar boleh dikatakan mengandungi alkohol lemak berantai pendek (C12 - C20) yang tinggi berasal daripada organisma marin. Walau bagaimanapun, nilai Indeks Sumber Alkohol (ASI) tidak menunjukkan Sungai Sepang Besar didominasi oleh alkohol lemak rantai pendek kerana faktor kandungan sebatian C26 yang tinggi di kebanyakan stesen persampelan. Nilai nisbah alkohol lemak (rantai ganjil)/(rantai genap) adalah tinggi bagi hampir kesemua stesen persampelan yang dipengaruhi oleh aktiviti bakteria yang tinggi. Dengan itu dapat disimpulkan bahawa sedimen permukaan Sungai Sepang Besar mengandungi campuran bahan organik yang berasal dari marin, terestrial dan bakteria

Item Type:Article
Keywords:Alkohol lemak; bahan organik; Sungai Sepang; sedimen
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2607
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Aug 2011 07:49
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page