Penilaian kualiti fizikokimia nuget ikan komersial

Desmelati, and Mohd Khan Ayob, and Aminah Abdullah, and Abdul Salam Babji, (2011) Penilaian kualiti fizikokimia nuget ikan komersial. Sains Malaysiana, 40 (8). pp. 871-875. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
238kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Sebanyak 6 jenis sampel nuget ikan komersial yang dipasarkan di Malaysia telah ditentukan komposisi proksimat (kandungan air, protein, lemak, abu dan karbohidrat), warna, kehilangan memasak, keupayaan memegang air, aktiviti air dan pH. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan bererti (p<0.05) bagi komposisi proksimat dan ciri-ciri warna, kehilangan memasak dan keupayaan memegang air. Kandungan air, protein, lemak, abu dan karbohidrat masing-masing berada dalam julat 58.97-64.58%, 9.30-11.60%, 0.14-5.23%, 1.95-2.84% dan 22.81-23.69%. Nilai L*, a* dan b* bagi warna, masing-masing adalah antara 49.72-56.80, 16.64-19.57 dan 38.40-59.58. Walau bagaimanapun tiada perbezaan yang bererti (p>0.05)untuk nilai aktiviti air dan pH antara sampel nuget ikan.

Item Type:Article
Keywords:Komposisi proksimat; kualiti fizikokimia; nuget ikan komersil
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2610
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Aug 2011 08:03
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page