Kesan penambahan protein soya terhadap pengerasan & kekuatan mampatan simen brushit-HA

Mohd Hafiz Jumal, and Roslinda Shamsudin, and Mohd Reusmaazran Yusoff, (2011) Kesan penambahan protein soya terhadap pengerasan & kekuatan mampatan simen brushit-HA. Sains Malaysiana, 40 (8). pp. 903-911. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kajian ini meliputi penyediaan simen kalsium fosfat yang terdiri daripada campuran serbuk brushit (DCPD) dan hidroksiapatit (HA) yang dihasilkan secara sintesis dalam makmal. Larutan penimbal digunakan sebagai fasa cecair dan dicampurkan dengan campuran serbuk DCPD dan HA bagi menghasilkan simen tulang secara in situ dengan nisbah cecair kepada serbuk (L/P) antara 0.26 – 0.36 mL g-1. Sodium alginat dan protein soya ditambahkan ke dalam simen kalsium fosfat dan dikaji kesannya terhadap simen yang dihasilkan. Keputusan kajian menunjukkan simen kalsium fosfat dapat dihasilkan pada nisbah L/P 0.32 mL g-1 dengan penambahan 1%bt sodium alginat dan 1%bt protein soya dengan kebolehsuntikan yang maksimum (100%) dan tempoh pengerasan selama 26 min. Penambahan protein soya juga telah meningkatkan kekuatan mampatan simen tulang daripada 2.90 MPa (tanpa protein) kepada 3.98 MPa pada 1.5%bt protein. Simen kalsium fosfat-protein soya yang dihasilkan juga menunjukkan sifat kebioaktifan. Pertumbuhan apatit berlaku pada hari ke-3 selepas rendaman di dalam larutan simulasi badan (SBF) dan membesar dengan perlanjutan tempoh rendaman.

Item Type:Article
Keywords:Brushit; hidroksiapatit; kebioaktifan; kebolehsuntikan; protein soya
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2615
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Aug 2011 08:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page