Hubungan antara sensori neuropati dan ketidakseimbangan badan di kalangan wanita Melayu diabetik

Sazlina Kamaralzaman, and Siti Balkis Budin, and Matthew Yau, and Hatta Sidi, and Anuar Sani, and Jamaludin Mohamed, (2011) Hubungan antara sensori neuropati dan ketidakseimbangan badan di kalangan wanita Melayu diabetik. Sains Malaysiana, 40 (8). pp. 945-951. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
273kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Neuropati ialah masalah yang sering dideritai oleh pesakit diabetes mellitus. Jenis neuropati yang kerap terjadi termasuklah neuropati periferi dan autonomik. Kajian keratan rentas ini dilakukan bagi menentukan hubungkait antara tempoh menghidapi diabetes dan kehilangan sensasi perlindungan dan kaitan ketidakseimbangan badan dan kehilangan sensori perlindungan di kalangan wanita Melayu yang menghidapi diabetes melitus. Seramai 81 orang wanita Melayu yang menghidapi diabetes melitus, berumur antara 20 dan 60 tahun, daripada tiga klinik kesihatan di daerah Hulu Langat menyertai kajian. Maklumat sosio-demografik diambil daripada responden menggunakan borang soal selidik. Penilaian sensori kaki dijalankan dengan menggunakan Semmes-Weinstein Monofilamen gred 5.07. Penilaian keseimbangan badan pula dilakukan dengan kaedah Tempoh berdiri satu kaki. Ujian Khi Kuasa Dua telah digunakan di dalam kajian ini untuk menentukan hubungan di antara dua pembolehubah. Hasil kajian mendapati 56.8% daripada responden mempunyai kehilangan sensori perlindungan pada sekurang-kurangnya satu kaki. Manakala, 17.3% mempunyai ketidakseimbangan semasa mata dibuka dan 60.5% mengalami ketidakseimbangan semasa mata ditutup. Namun begitu, tiada hubungan yang bererti di antara ketidakseimbangan (semasa mata dibuka [χ2=3.27, p=0.07] dan semasa mata ditutup [χ2=0.29, p=0.59]) dengan kehilangan sensori perlindungan pada kaki. Hasil yang sama juga didapati antara tempoh menghidapi diabetes dan kehilangan sensasi perlindungan (χ2=3.27, p=0.20). Walaupun tiada hubungkait antara pelbagai faktor kajian, program penyaringan harus bermula dari awal untuk memastikan masalah dikesan pada peringkat awal sebelum komplikasi yang lebih teruk berlaku

Item Type:Article
Keywords:Diabetes mellitus; kehilangan sensasi perlindungan; ketidakseimbangan badan; wanita Melayu
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2620
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:05 Aug 2011 08:56
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page