Kemandirian industri eko-pelancongan: Kes tarikan pelancong kelip-kelip Kg. Kuantan

Mokhtar Jaafar, and Asmah Ahmad, and Zaini Sakawi, (2010) Kemandirian industri eko-pelancongan: Kes tarikan pelancong kelip-kelip Kg. Kuantan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 6 (3). pp. 89-97. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
140kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Kajian mengenai kemandirian (survival) industri eko-pelancongan kelip-kelip telah dijalankan di Kg.Kuantan, Kuala Selangor, Selangor. Kajian ini tertumpu pada impak sosio-ekonomi yang diperolehi oleh pengusaha bot dan penduduk Kg. Kuantan serta kawasan sekitarnya. Sejumlah 30 pengusaha bot dan 80 responden terlibat dalam kajian ini. Hasilnya menunjukkan walaupun berlaku peningkatan pendapatan namun peningkatan tersebut adalah kecil, iaitu sekitar 3.5% sahaja. Meskipun begitu industri ekopelancongan kelip-kelip di Kg. Kuantan dijangka akan terus mandiri memandangkan terdapat petunjuk yang membuktikan kelangsungannya. Petunjuk pertama bilangan pengunjung yang masih bertahan manakala petunjuk kedua adalah kewujudan dan kelangsungan habitat kelip-kelip itu sendiri. Di samping itu pelbagai usaha pihak tertentu seperti pihak MDKS yang berterusan mempromosikan Kg. Kuantan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa pasti akan menarik minat lebih ramai pelawat berkunjung ke sini.Kesimpulannya, peningkatan bilangan pengunjung dan habitat kelip-kelip yang masih ada sekarang menjamin status kemandirian industri eko-pelancongan ini di Kg. Kuantan.

Item Type:Article
Keywords:bakau-berembang; eko-pelancongan; kelestarian habitat; kelip-kelip; impak sosio-ekonomi
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:2621
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:08 Aug 2011 02:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page