Kesan penyahhutanan ke atas pola suhu dan kelembapan bandingan di Cameron Highlands, Malaysia: Satu analisis awal (Impact of deforestation on the patterns of temperature and relative humadity in Cameron Highlands, Pahang: a preliminary analysis)

Ahadi Iskandar Ismail, and Shaharuddin Ahmad, and Noorazuan Md. Hashim, and Yaakob Mohd Jani, (2011) Kesan penyahhutanan ke atas pola suhu dan kelembapan bandingan di Cameron Highlands, Malaysia: Satu analisis awal (Impact of deforestation on the patterns of temperature and relative humadity in Cameron Highlands, Pahang: a preliminary analysis). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (3). pp. 56-65. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
397kB

Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Sumbangan perubahan guna tanah akibat penyahhutanan kepada peningkatan gas karbon dioksida atmosfera adalah salah satu ketidakpastian besar dalam kajian perubahan iklim dan merupakan punca gas karbon dioksida antropogenik kedua terbesar selepas pembakaran api fosil. Terdapat kekurangan kajian tentang penyahhutanan di kawasan hutan tropika rantau Asia Tenggara dan kesannya kepada perubahan iklim. Justeru, kajian ini cuba menganalisis kesan perubahan guna tanah akibat penyahhutanan di kawasan Cameron Highlands, Pahang ke atas sistem iklim tempatan. Data parameter cuaca untuk tempoh 36 tahun (1970-2006) diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia manakala data guna tanah dibekalkan oleh Jabatan Pertanian Cameron Highlands (1970-2006). Data diproses menggunakan Microsoft excel dan dianalisis menggunakan kaedah statistik mudah seperti regresi linear, koefisien korelasi dan peratusan. Umumnya, hasil kajian mendapati berlaku peningkatan suhu sekitar 0.9C di stesen MARDI manakala distesen Tanah Rata hanya sekitar 0.1C. Peningkatan suhu ini selari dengan perubahan pola guna tanah diCameron Highlands iaitu dari kawasan hutan menjadi kawasan bandar dan agrikultur. Kadar kelembapan bandingan juga menurun terutamanya di stesen MARDI di pekan Tanah Rata. Penyahhutanan yang berlaku ini memberi kesan kepada fenomena perubahan iklim di Cameron Highlands dan seterusnya menjejaskan sedikit industri pelancongan kawasan tanah tinggi. Oleh itu, satu usaha melestarikan pembangunan diCameron Highlands amat diperlukan bagi menjamin industri pelancongan terus maju di kawasan peranginan tanah tinggi ini pada masa hadapan.

Item Type:Article
Keywords:agrikultur; kelembapan bandingan; litupan hutan; penyahhutanan; perubahan iklim; pola guna tanah
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:2622
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:08 Aug 2011 02:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page