Mimi Hanida Abdul Mutalib, (2011) Pembinaan dan pengukuhan identiti sebagai da’i: pengalaman pendakwah wanita di Malaysia (The identity development and consolidation of Muslim women preachers: The Malaysian experience). Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 7 (3). pp. 66-74. ISSN 2180-2491
|
PDF
93kB |
Official URL: http://www.ukm.my/geografia/v1/index.php
Abstract
Sejak kebelakangan ini, penyertaan pendakwah wanita dalam aktiviti dakwah adalah semakin aktif dalam masyarakat Malaysia. Kemunculan pendakwah wanita di media elektronik ini dilihat sebagai turut berjaya menarik minat golongan muda terhadap program yang berunsurkan keagamaan. Berdasarkan pengamatan perpektif antropologi agama, kajian ini menunjukkan perkembangan peranan, sumbangan dan usaha yang gigih dalam kalangan pendakwah wanita dalam menyebarkan dakwah Islam di Malaysia terutamanya dalam kurun ke 21. Artikel ini membincangkan beberapa halangan dan realiti yang perlu ditempuh oleh pendakwah wanita masa kini serta melihat potensi mereka di masa hadapan bagi melihat bagaimana wanita Islam ini berusaha untuk membina dan mengukuhkan identiti mereka sebagai pendakwah wanita di mana peranan mereka sebagai memimpin umat Islam dalam membentuk sebuah masyarakat Islam di Malaysia.Di samping itu, artikel ini juga bertujuan untuk menunjukkan ketidakbenaran dalam menafikan peranan wanita dalam arena dakwah di Malaysia serta memberikan kefahaman bagaimana identiti pendakwah wanita ini terbentuk dan diperkukuhkan. Melalui pendekatan anthropologi agama, ianya menunjukkan bagaimana respon daripada wanita Islam terhadap dakwah adalah terbukti menunjukkan identiti mereka sebagai pendakwah wanita.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | antropologi; dakwah; Islam; Malaysia; pendakwah; wanita |
Journal: | Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space |
ID Code: | 2623 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 08 Aug 2011 02:47 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:32 |
Repository Staff Only: item control page