Kesan modifikasi sekam padi dengan getah asli cecair dan dedahan kepada alur elektron ke atas sifat mekanik komposit Nr/Hdpe /Sekam Padi

Chong, Ee Lane and Ishak Ahmad, and Dahlan Hj. Mohd, and Ibrahim Abdullah, (2011) Kesan modifikasi sekam padi dengan getah asli cecair dan dedahan kepada alur elektron ke atas sifat mekanik komposit Nr/Hdpe /Sekam Padi. Sains Malaysiana, 40 (9). pp. 985-992. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http:www.ukm.my/jsm/

Abstract

Serbuk sekam padi (SP) merupakan serabut semula jadi yang boleh bertindak sebagai pengisi penguat dalam adunan getah asli termoplastik (TPNR) NR/HDPE selepas permukaan serbuk dimodifikasikan sewajarnya. Rawatan serbuk SP merangkumi pra-rawatan dengan 5% larutan natrium hidroksida (NaOH), rendaman dalam larutan getah asli cecair (LNR) dan dedahan SP tersalut LNR kepada sinaran electron (EB). Komposit TPNR/SP disediakan secara pengadunan leburan dalam pengadun dalaman pada keadaan yang telah ditentupastikan terlebih dahulu. Morfologi komposit yang dianalisis menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM), menunjukkan taburan zarah pengisi SP termodifikasi adalah homogen dan kewujudan interaksi matriks-zarah. Komposit terisi SP terubahsuai LNR-EB menunjukan perubahan sifat mekanik yang ketara. Nilai maksimum tegasan dan kekuatan impak adalah masing masing 6.7 MPa dan 13.2 kJ/cm2 pada dedahan 20 kGy dos EB, manakala modulus regangan adalah 79 MPa pada dos 30 kGy. Ini menunjukkan terdapat peningkatan interaksi berkesan antara-muka SP dan TPNR bagi SP terwat LNR pada dos 20-30kGy EB. Peningkatan dos EB pada SP tersalut LNR menyebabkan degradasi salutan NR dan meningkatakan interaksi antara zarah SP. Pengaglomerasian zarah SP akan berlaku dan menyebabkan serakan zarah dalam komposit menjadi tidak homogen

Item Type:Article
Keywords:Getah asli termoplastik; sekam padi; sinaran alur elektron
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2630
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:08 Aug 2011 04:02
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page