Kesan kepekatan glukopon 215 csup terhadap saiz dan sifat magnet nanozarah Co-Ni-Cu yang disediakan dengan kaedah elektropengendapan

Abdul Razak Daud, and Setia Budi, and Shahidan Radiman, (2011) Kesan kepekatan glukopon 215 csup terhadap saiz dan sifat magnet nanozarah Co-Ni-Cu yang disediakan dengan kaedah elektropengendapan. Sains Malaysiana, 40 (9). pp. 1019-1022. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http:www.ukm.my/jsm/

Abstract

Nanozarah Co-Ni-Cu telah disediakan dengan kaedah elektropengendapan pada keupayaan pengendapan -925 mV (SCE) menggunakan larutan sulfat (0.018M Co2++ 0.180M Ni2+ + 0.002M Cu2+) yang mengandungi surfaktan Glukopon 215 CSUP dan juga tanpa surfaktan. Kesan kepekatan surfaktan terhadap saiz dan sifat magnet nanozarah Co-Ni-Cu yang terhasil telah dikaji. Analisis morfologi permukaan endapan yang diperoleh dilakukan dengan menggunakan mikroskop elektron imbasan pancaran medan (FESEM) manakala sifat magnetnya diselidiki dengan menggunakan magnetometer getaran sampel (VSM). Nanozarah Co-Ni-Cu yang disediakan daripada larutan yang mengandungi Glukopon 215 CSUP didapati berbentuk sfera dengan saiz berskala nanometer. Saiz zarah paling kecil ialah lebih kurang 50 nm, diperoleh pada kepekatan surfaktan 5 %v, iaitu kepekatan paling tinggi yang dikaji dalam kajian ini. Kepaksaan (Hc) didapati lebih tinggi pada sampel yang disediakan daripada elektrolit yang mengandungi surfaktan berbanding tanpa surfaktan.

Item Type:Article
Keywords:Elektropengendapan; nanozarah Co-Ni-Cu; sifat magnet; surfaktan ABSTRACT Co-
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:2635
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:08 Aug 2011 04:54
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page