Peralihan demografi dan kesejahteraan sosial masyarakat Melayu : suatu perbandingan antara Malaysia dan Kemboja

Asmah Ahmad, and Rosniza Aznie Che Rose, (2011) Peralihan demografi dan kesejahteraan sosial masyarakat Melayu : suatu perbandingan antara Malaysia dan Kemboja. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (1). pp. 115-123. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
217kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Ciri kependudukan sesuatu masyarakat berkait rapat dengan tingkat kesejahteraan sosial yang dinikmatinya. Suatu aspek sifat kependudukan tersebut ialah tinggi rendahnya tingkat kesuburan dan kematian yang dialami. Tingkat pembangunan sebagai suatu ukuran kemajuan atau tingkat kesejahteraan pernah dikaitkan dengan ciri kependudukan sedemikian melalui hubungan songsang.Masyarakat yang bercirikan kadar kelahiran dan kematian rendah dilihat sebagai mempunyai tingkat pembangunan relatif tinggi, justeru kesejahteraan tinggi, berbanding masyarakat yang bercirikan kadar kelahiran dan kematian tinggi pula mempunyai pembangunan relatif rendah, justeru kesejahteraan juga rendah. Dengan berlatar belakangkan hujah sedemikian, makalah ini cuba merungkai keadaan kesejahteraan sosial penduduk Melayu Malaysia dan Kemboja dengan menyusuri prestasi evolusi peralihan demografi masing-masing melalui pembangunan kesihatan dan pelajaran,iaitu dua daripada komponen kesejahteraan sosial. Kedua-dua komponen kesejahteraan ini memainkan peranan unggul dalam mempengaruhi tingkat kelahiran dan kematian. Analisis daripada data sedia ada menunjukkan Malaysia berada di akhir peralihan demografinya dengan kadar kelahiran dan kematian rendah pada tahun 2000 (masing-masing 25 kelahiran dan 5 kematian per 1000 penduduk) sementara Kemboja masih berada di peringkat awal peralihan dengan kadar kelahiran dan kematian yang masih tinggi (34 kelahiran dan 11 kematian per 1000 penduduk). Kadar ini terjelma daripada tingkat kadar kematian bayi (IMR) yang rendah dan jangkaan hayat yang tinggi (indikator kesihatan relatif baik) di Malaysia, sebaliknya kadar kematian bayi yang tinggi dan jangkaan hayat yang rendah (indikator kesihatan relatif rendah) bagi Kemboja. Kesejahteraan yang lebih baik di Malaysia juga digambarkan melalui kadar celek huruf dan Keluaran Dalam Negara Kasar yang jauh lebih tinggi berbanding Kemboja. Kedua-dua indikator akhir ini mempengaruhi taraf kesihatan berbeza yang dialami Malaysia dan Kemboja.

Item Type:Article
Keywords:Peralihan demografi; kesejahteraan sosial; kadar kelahiran; kadar kematian; kadar kematian bayi
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:2646
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Aug 2011 07:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page