Keperluan sokongan emosional dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua

Khadijah Alavi, and Rahim M. Sail, and Khairuddin Idris, and Asnarulkhadi Abu Samah, and Chan, Christine (2011) Keperluan sokongan emosional dalam kalangan anak dewasa yang menjaga warga tua. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (1). pp. 102-114. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
287kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Peningkatan bilangan warga tua di Malaysia (60 tahun ke atas) akan mencapai jumlah 2.2 juta orang atau 9.5% menjelang 2020. Statistik juga menunjukkan bahawa kadar kelahiran semakin menurun beberapa dekad kebelakangan ini. Statistik ini menggambarkan satu dimensi baru berkaitan penjagaan warga tua dalam kalangan anak dewasa. Anak-anak dewasa pula, selain menghadapi bebanan untuk menyara keluarga sendiri, terpaksa menyara orang tua mereka yang kos kesihatan semakin hari semakin meningkat. Artikel ini meninjau aspek sokongan emosi dan timbal balik dalam hubungan anak dewasa (penjaga) dengan warga tua dengan menggunakan pendekatan teori pertukaran sosial.Kaedah survei digunakan dari bulan November 2008 hingga Januari 2009 untuk mengumpul data daripada 640 orang anak dewasa daripada etnik Melayu, Cina dan India. Dapatan kajian menunjukkan 65% anak dewasa bandar dan 59.7% anak dewasa luar bandar yang menjaga warga tua ialah anak dewasa perempuan yang majoritinya telah berkahwin dan mempunyai anak antara satu ke tiga orang.Majoriti responden luar bandar (92.8%) dan 43.1% responden bandar tinggal bersama warga tua yang dijaga mereka dan kerelaan untuk menjadi penjaga kepada warga tua merupakan pilihan mereka sendiri. Pasangan penjaga merupakan pemberi bantuan fizikal dan emosi utama dalam proses penjagaan warga tua.

Item Type:Article
Keywords:sokongan emosional; teori pertukaran sosial; anak dewasa dan warga Tua
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:2647
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Aug 2011 07:32
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page