Perubahan cuaca dan penyakit denggi: kajian kes di daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia.

Er, Ah Choy and Elainie Bte Mohd Khair, and Asmahani Atan, and Mazrura Sahani, and Zainudin Mohd, (2011) Perubahan cuaca dan penyakit denggi: kajian kes di daerah Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (1). pp. 38-48. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
252kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Denggi merupakan penyakit endemik di Malaysia. Perubahan cuaca mengakibatkan peningkatan kematian, kemorbidan serta peningkatan kes penyakit seperti denggi. Artikel ini bertujuan untuk melihat hubungan antara perubahan cuaca dengan kes denggi yang dilaporkan di Daerah Seremban. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti hubungan antara perubahan cuaca dengan bilangan kes denggi di Daerah Seremban. Data sekunder berkaitan dengan bilangan kes penyakit bawaan-vektor dikumpul dari Pejabat Kesihatan Daerah Seremban, laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia serta temubual dengan key informant yang berpengetahuan tentangg perubahan cuaca dan kesihatan awam. Temubual telah dilaksanakan dari bulan Mac hingga Novembe 2009. Data kelembapan relatif dan data taburan hujan diperolehi dari Jabatan Meteorologi Malaysia dan Jabatan Pengairan dan Saliran. Kaedah korelasi Pearson digunakan untuk mengkaji hubungan antara pembolehubah perubahan cuaca dengan kes denggi pada aras keyakinan p < 0.05. Hasil kajian mendapati bahawa min suhu maksimum dan kelembapan relatif masing-masing mempunyai hubungan yang signifikan dengan bilangan kes denggi di Daerah Seremban (yakni masing-masing r = 0.625, p < 0.05 dan r = 0.969, p < 0.05). Bagi taburan hujan pula, hanya dua daripada empat stesen hujan di Daerah Seremban yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan bilangan kes denggi:Stesen Stor JPS Sikamat (r = 0.613, p < 0.05) dan Stesen Hospital Seremban ( r = 0.64, p < 0.05).

Item Type:Article
Keywords:Perubahan cuaca; kes denggi; kelembapan relatif, taburan hujan, kerpasan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:2649
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Aug 2011 07:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page