Pembangunan perindustrian dan impak terhadap ekonomi lokal di Dumai, Riau, Indonesia.

Er,A.C, and Sivapalan Selvadurai, and Ardieansyah, and Asmadi, and Hamzah Jusoh, (2011) Pembangunan perindustrian dan impak terhadap ekonomi lokal di Dumai, Riau, Indonesia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (2). pp. 302-316. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
530kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Pembangunan perindustrian di Indonesia pada era autonomi daerah harus dapat menjawab segala tentangan globalisasi ekonomi dunia dan mampu menjangkakan perkembangan perubahan persekitaran. Makalah ini bertujuan menganalisis impak pembangunan perindustrian terhadap pembangunan ekonomi lokal pada era autonomi daerah Riau, Indonesia. Kajian lapangan dijalankan untuk mendapatkan pendapat pakar dari key informant di Dumai serta Pekan Baru di Riau, Indonesia. Pembangunan perindustrian mempunyai impak positif dan negatif. Pembangunan perindustrian pada era autonomi daerah lebih mementingkan aspek pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal manakala kualiti persekitaran tergugat. Justeru, pembangunan perindustrian mesti mengambilkira kepentingan persekitaran untuk kepentingan generasi hadapan. Kemorosotan kualiti persekitaran memberi impak terhadap kemorosotan kualiti hidup penduduk tempatan dan kualiti persekitaran. Oleh hal sedemikian, langkah-langkah perlu dilaksanakan demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan generasi masa akan datang.

Item Type:Article
Keywords:Pembangunan perindustrian; ekonomi lokal; kualiti persekitaran; kesejahteraan dan keselamatan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:2651
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Aug 2011 08:26
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page