Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia

Zulkifli Hamid, (2011) Peranan teori psikolinguistik dalam pemurnian dan pemerkasaan Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (2). pp. 183-192. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
185kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Makalah ini membicarakan dua bidang utama dalam disiplin linguistik, iaitu psikolinguistik dan pendidikan bahasa. Kita akan melihat bagaimana teori dan dapatan kajian dalam bidang psikolinguistik dapat diterapkan dalam bidang pendidikan bahasa, khususnya pendidikan bahasa Melayu di Malaysia.Penerapan teori dan dapatan kajian dalam bidang psikolinguistik ini melibatkan kedua-dua tahap dalam proses pendidikan bahasa, tahap perancangan dan pelaksanaan sesuatu program pendidikan bahasa.Beberapa aspek akan difokuskan dalam perbincangan, antara lain perbezaan antara pemerolehan bahasa pertama dan pembelajaran bahasa kedua, keperluan menyeimbangkan pengetahuan nahu dan pengetahuan kecekapan berbahasa, penerapan prinsip pengajaran pengkayaan bahasa dan pengajaran pembentukan biasaan berbahasa. Kita akan turut membincangkan kesan ketakseimbangan dalam perancangan dan pelaksanaan program pendidikan bahasa Melayu terhadap bentuk pengetahuan bahasa Melayu para pelajar, dan seterusnya pengaruh bentuk pengetahuan bahasa ini terhadap Negara, khususnya terhadap pemasyarakatan konsep satu Malaysia, iaitu Malaysia sebagai sebuah Negara yang bersatu padu, harmoni dan rakyatnya saling hormat menghormati.

Item Type:Article
Keywords:pemerolehan bahasa; pembelajaran bahasa; pengkayaan bahasa; pembentukan biasaan berbahasa dan kecekapan berbahasa.
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:2653
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Aug 2011 08:43
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page