Pembangunan tanah hutan dan fenomena banjir kilat: kes Sungai Lembing, Pahang.

Noorazuan Md Hashim, and Sulong Muhamad, and Kadaruddin Aiyub, and Norhayati Yahya, (2011) Pembangunan tanah hutan dan fenomena banjir kilat: kes Sungai Lembing, Pahang. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (2). pp. 155-169. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
356kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Banjir kilat yang berlaku dalam masa yang singkat (kurang daripada 6 jam) berupaya untuk meningkatkan paras air sungai secara mendadak. Kebanyakan banjir kilat yang berlaku memberi perhatian kepada banjir di kawasan tanah rendah. Bagaimanapun, kajian di Sungai Lembing yang terletak di kawasan tanah tinggi, lebih kurang 45 km dari pinggir pantai Pahang telah dipilih sebagai kawasan kajian. Kajian ini cuba meneliti kesan perubahan guna tanah dan perubahan hidrologi diLembangan Sg Kuantan bermula pada 1980 sehinggalah pada tahun 2002. Kajian ini mendapati penyahhutanan kawasan tanah tinggi (khususnya pada tahun 1990-2000) telah mengubah entiti kitaran hidrologi lembangan dan juga mengubah aliran rendah sungai berkenaan. Modifikasi alur termasuk pelurusan sungai dan pembinaan tebing konkrit meningkatkan puncak luahan di kawasan tanah rendah terutamanya di Jalan Panching dan Sg Isap, Kuantan. Pengurangan litupan vegetasi di tanah tinggi juga telah mengurangkan masa memuncak hidrograf. Hasil soalselidik dan temubual penduduk dan pengusaha chalet juga telah mengesahkan faktor aktiviti pembalakan haram merupakan faktor pencetus kepada banjir kilat di kawasan tersebut

Item Type:Article
Keywords:Banjir kilat; guna tanah; luahan sungai; puncak luahan; pembalakan
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:2654
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Aug 2011 08:48
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page