Psikologi Islam: suatu pendekatan psikometrik remaja berisiko

Khaidzir Hj. Ismail, and Khairil Anwar, (2011) Psikologi Islam: suatu pendekatan psikometrik remaja berisiko. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (1). pp. 77-89. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
217kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Secara teoritikal mahupun falsafah, psikologi Islam telahpun berkembang seiring dengan tuntutan Islamisasi ilmu. Namun untuk memperjuangkan psikologi Islam sebagai salah satu disiplin ilmu yang diakui, masih jauh dari kenyataan. Tentangan dan harapan ini memerlukan suatu paradigma dan epistemologi khas yang mengarah kepada konseptualisasi dan pengukuran (psikometrik). Dalam konteks sejarah pula, psikologi baru diakui sebagi suatu ilmu berasaskan verifikasi pengukuran kuantitatif, sebagaimana yang dipelopori oleh Wilhelm Wundt dengan strukturalismenya. Oleh itu artikel ini cuba menawarkan konsep epistemologi pengukuran dalam psikologi Islam dengan cara mentransformasikan ideologi, budaya dan sosial yang berasaskan Al-Qur‟an dan Hadits untuk membentuk konstruk dan indikator-indikator sesebuah pengukuran yang dibina menurut kaedah psikometrik yang sedia ada. Konsep mental-kognitif sebagai bentuk cara berfikir berteraskan Islam telahpun dibina dengan pendekatan tawaran epistemologi dimana pengukuran ini telah ditadbir kepada remaja bermasalah di pusat-pusat pemulihan seramai 472 orang pada bulan april 2009 di pusat pemulihan Terengganu, Kelantan, Melaka dan Perak, Malaysia. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Hasil kajian menunjukkan tahap mental-kognitif remaja tersebut adalah pada tahap yang rendah. Manakala dari segi reliabiliti dan validiti memperlihatkan indeks yang baik. Diharapkan hasil kajian ini dapat menyumbang kepada berkembangan pembinaan alat pengukuran dan modul-modul intervensi psikologi yang berteraskan Islam untuk remaja berisiko

Item Type:Article
Keywords:psikometrik; psikologi Islam; epistemologi; remaja berisiko dan mental-kognitif
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:2656
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:12 Aug 2011 01:25
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page