Mokhtar Jaafar, and Hafizi Mat Salleh, and Sharifah Mastura Syed Abdullah, and Muhd Asrul Affendee Sudin, (2011) Penggunaan teknik berilium-7 untuk menganggar kadar hakisan tanih jangka pendek. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (2). pp. 302-312. ISSN 1823-884x
|
PDF
399kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi/
Abstract
Artikel ini merencanakan kegunaan radionuklid berilium-7 sebagai bahan surihan alternatif dalam kajian hakisan tanih. Kegunaan berilium-7 dalam kajian hakisan tanih adalah untuk menganggar kadar hakisan tanih dan kehilangan tanih jangka pendek berdasarkan kejadian hujan semasa. Kemampuan radionuklid berilium-7 telah terbukti melalui beberapa kajian yang menguji potensi radionuklid ini sebagai penyurih yang efisien dan signifikan untuk menganggar kadar hakisan tanih jangka pendek. Penggunaan radionuklid berilium-7 dalam kajian hakisan tanih harus dilakukan secara sistematik dengan memenuhi beberapa andaian penting dan memahami batasan penggunaannya berdasarkan ciri sesuatu ekosistem. Walau bagaimanapun, berilium-7 tetap sesuai digunakan sebagai penyurih hakisan tanih jangka pendek dalam pelbagai ekosistem selagi andaian dan batasan kepenggunaannya dipatuhi
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | teknik radionuklid; hakisan tanih; taburan semula tanih; radionuklid kosmogenik; berilium-7 |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 2657 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 12 Aug 2011 01:33 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:32 |
Repository Staff Only: item control page