Kandungan karbon organik dan stok karbon dalam tanih gambut, persekitaran pertanian kelapa sawit, Kuala Langat Selatan, Selangor

Sahibin Abd. Rahim, and Zulfahmi Ali Rahman, and Mohd Nizam Mohd Said, and Wan Mohd Razi Idris, and Tukimat Lihan, and Lee, Yook Heng and Tajudin Mahmud, and Cho, Wai Keat (2011) Kandungan karbon organik dan stok karbon dalam tanih gambut, persekitaran pertanian kelapa sawit, Kuala Langat Selatan, Selangor. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (2). pp. 170-182. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
257kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Kajian telah dijalankan untuk menentukan kandungan karbon dan stok karbon dalam tanih gambut dikawasan penanaman kelapa sawit di Kampung Tumbuk Darat, Kuala Langat Selatan, Selangor.Sampel tanih gambut telah diambil berdasarkan persampelan dalam plot satu hektar yang telah dibahagikan kepada 16 subplot bersaiz 25x25m. Kajian telah dilakukan pada 20hb Disember 2008.Persampelan telah dilakukan di semua subplot mengikut kedalaman hingga ke tanih mineral. Kandungan karbon organik tanih ditentukan berdasarkan Kaedah Walkley & Black. Penentuan pH dalam tanih: air suling dan pH dalam tanih: KCl dijalankan berdasarkan nisbah 1:2.5 bagi tanih dan air. Kekonduksian elektrik ditentukan di dalam hasil ekstrak gipsum tepu. Kandungan asid humik dan asid fulvik ditentukan dengan kaedah pengasingan molekul asas. Purata nilai kekonduksian elektrik adalah dari 2.50 mScm-1 hingga 2.78 mScm-1. Nilai kekonduksian elektrik meningkat mengikut kedalaman. Purata nilai pH:air suling dan pH:KCl adalah masing-masing dari 3.36 hingga 3.59 dan 2.91 hingga 3.09. Purata nilai pH dalam KCl meningkat sedikit mengikut kedalaman. Purata kandungan karbon organik di dalam tanih berjulat dari 38.25% hingga 42.49%, dengan kandungannya berkurang mengikut kedalaman. Bagi asid humik dan asid fulvik, purata kandungannya masingmasing adalah dari 3.29 hingga 4.24% dan dari 1.10 hingga 2.61%. Purata kandungan kedua-dua jenis asid organik ini berkurangan mengikut kedalaman. Berat tanih yang dikira dalam satu hektar pada kedalaman 80 cm dan mempunyai ketumpatan pukal 0.26 g/cm3 adalah 2080 tan/ha, manakala stok karbonnya adalah 872.72 tan/ha.

Item Type:Article
Keywords:Asid humik; asid fulvik; karbon organik; Kuala Langat Selatan; Stok karbon; tanih gambut
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:2669
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:12 Aug 2011 08:32
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page