Perhubungan antara kreativiti figura dengan pencapaian akademik pelajar : satu tinjauan dalam kalangan pelajar tingkatan empat di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur.

Soon Singh A/L Bikar Singh, (2011) Perhubungan antara kreativiti figura dengan pencapaian akademik pelajar : satu tinjauan dalam kalangan pelajar tingkatan empat di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (1). pp. 90-101. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
207kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Fokus utama kajian ini adalah untuk mengkaji perhubungan antara kreativiti figura dengan pencapaian akademik dalam kalangan p elajar Tingkatan Empat di beberapa buah sekolah di Kuala Lumpur. Kaedah survei telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan dari bulan Jun 2009 hingga April 2010. Data kajian dikumpul dengan menggunakan instrumen Torrance Test of Creativity Thinking (Form A) versi Bahasa Melayu. Responden kajian ini terdiri daripada 300 orang pelajar Tingkatan Empat yang dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak dari lima buah sekolah menengah yang terletak di empat zon pentadbiran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Enam puluh orang responden dipilih dari setiap sekolah. Purata umur responden ialah 16.2 (SP = 0.52). Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pelajar Tingkatan Empat di Kuala Lumpur adalah lebih kreatif dalam komponen Kelancaran Figura diiikuti dengan Fleksibiliti Figura, Keaslian Figura dan Penghuraian Figura. Terdapat juga perbezaan yang singinifikan dalam tahap Kreativiti Figural antara jantina (t = 2.009, df = 298, k < .05). Pelajar lelaki lebih kreatif dalam komponen Kelancaran Figura (M = 19.41, SP = 6.02) dan Penghuraian Figura (M = 10.55, SP = 2.97). Manakala pelajar perempuan pula lebih kreatif dalam komponen Keaslian Figura (M = 15.69, SP = 5.34) dan Fleksibiliti Figura (M = 15.69, SP = 5.34). Akhir sekali dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat perhubungan yang sangat kuat antara Kreativiti Figura dengan pencapaian akademik (r = .81 ; k < . 05).

Item Type:Article
Keywords:Kreativiti Figura; Pencapaian akademik; Jantina
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:2671
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:12 Aug 2011 08:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page