Transisi penting sistem berkerajaan di Alam Melayu: kes Malaysia

Azmi Aziz , and Mostafa Kamal Mokhtar, (2011) Transisi penting sistem berkerajaan di Alam Melayu: kes Malaysia. AKADEMIKA, 81 (2). pp. 79-92. ISSN 0126-5008

[img] PDF
361kB

Official URL: http://www.ukm.my/~penerbit/jademik.html

Abstract

Terdapat tiga zaman penting atau garis waktu dalam perjalanan sejarah Alam Melayu, iaitu zaman prakolononial, kolonial dan pascakolonial. Ketiga-tiga zaman tersebut mempunyai pelbagai keistimewaan masing-masing yang telah mencorakkan kehidupan sosiopolitik Alam Melayu. Untuk memahami corak kehidupan sosio-politik pada setiap zaman tersebut suatu alat analisis yang bersifat konseptual diperlukan. Makalah ini menggunakan alat analisis konseptual yang dikenali sebagai knowledge baseline untuk memahami apakah asas terjadinya pembentukan corak kehidupan sosiopolitik yang berbeza untuk setiap zaman yang telah dilalui oleh Alam Melayu. Knowledge baseline bermaksud jenis-jenis ilmu yang utama yang melatarbelakangi kehidupan sosiopolitik masyarakat pada suatu zaman tertentu. Sebagai contoh, kehidupan sosiopolitik Alam Melayu prakolonial dicorak oleh ilmu agama sebagai ilmu utama. Sistem berkerajaan pada zaman itu merupakan sistem berkerajaan yang bersepadu antara agama dan negara. Manakala pada zaman kolonial pula telah berlaku pemisahan antara agama dan negara. Pada waktu itu agama dipisahkan daripada negara yang sistem pentadbiran kerajaan dilaksanakan berdasarkan ilmu sains moden sekular. Latar belakang ilmu untuk pentadbiran kerajaan itu kemudiannya bertukar lagi pada zaman pascakolonial apabila bauran yang tidak sama rata berlaku antara sains moden sekular dan agama. Makalah ini menghuraikan perbezaan latar belakang ilmu-ilmu yang terdapat dalam garis waktu Alam Melayu pada zaman prakolonial, kolonial dan pascakolonial yang telah mewujudkan corak yang berbeza-beza dalam sistem berkerajaan tersebut dan yang memperlihatkan berlakunya transisi sistem yang penting dalam sistem berkerajaan di rantau Alam Melayu. Makalah ini memberikan tumpuan khusus kepada perjalanan sejarah sosiopolitik negara bangsa Malaysia sebagai kes perbincangan.

Item Type:Article
Keywords:Alam Melayu; sistem berkerajaan; agama; negara; knowledge baseline
Journal:AKADEMIKA
ID Code:2739
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:26 Aug 2011 01:47
Last Modified:15 Sep 2011 07:26

Repository Staff Only: item control page