Fonologi rangkap vokal dan kepelbagaian dialek Melayu: analisis teori optimaliti

Zaharani Ahmad, and Nor Hashimah Jalaluddin, and Shariffulizan Malek, (2011) Fonologi rangkap vokal dan kepelbagaian dialek Melayu: analisis teori optimaliti. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (3). pp. 5-30. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
184kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html.

Abstract

Makalah ini membincangkan perilaku fonologi rangkap vokal dalam empat kumpulan dialek Melayu, iaitu dialek Johor, dialek Kedah, dialek Perak dan dialek Kelantan. Data kajian terdiri daripada data sekunder yang dipetik daripada beberapa kajian lepas (Asmah Haji Omar, 1985; Raja Mukhtaruddin, 1986; Ajid Che Kob, 1984; Teoh Boon Seong 1994). Analisis fonologi yang dikemukakan berdasarkan pendekatan kekangan daripada teori optimaliti (Prince & Smolensky, 2004; McCarthy 2008). Dapatan kajian menunjukkan kesemua dialek ini secara umumnya tidak membenarkan kehadiran rangkap vokal di peringkat permukaan kerana ini melibatkan pengingkaran onset. Dari sudut pendekatan rumus, rangkap vokal di peringkat dalaman akan ditangani melalui proses fonologi, seperti diftongisasi, ambisilabifikasi, peleburan vokal dan pengguguran vokal. Setiap dialek menggunakan strategi yang berbeza dalam menangani rangkap vokal ini, dan kesannya menyebabkan wujudnya kepelbagaian dialek dalam bahasa Melayu.Dari sudut pendekatan kekangan dalam kerangka teori optimaliti pula, kewujudan pelbagai dialek Melayu disebabkan oleh pematuhan dan pengingkaran kekangankekangan yang bersifat universal, dan setiap dialek itu mempunyai susunan tatatingkat kekangannya yang tersendiri. Semua dialek ini meletakkan kekangan *KOMPLEKS, *VK], KONTIGUITI dan KT≥KAKI di tingkat tertinggi dan tidak boleh diingkari.Kekangan yang boleh diingkari pula terdiri daripada ONSET, UNIFORMITI,INTEGRITI, MAKS-IO, *KODA, dan kekangan-kekangan ini ditatatingkatkan secara berbeza dalam dialek-dialek tersebut.

Item Type:Article
Keywords:rangkap vokal; tatatingkat kekangan; diftongisasi; ambisilabifikasi; peleburan vokal.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:2759
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 Sep 2011 00:40
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page