Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu

Zaitul Azma Zainon Hamzah, and Ahmad Fuad Mat Hassan, (2011) Bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (3). pp. 31-51. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
133kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html.

Abstract

Pemikiran Melayu disampaikan secara tersurat dan tersirat dalam peribahasa Melayu.Pemikiran dalam peribahasa Melayu turut menyerlahkan satu gambaran nilai sosial, nilai moral, dan fungsi adat dalam kehidupan bermasyarakat sekali gus menonjolkan falsafah bangsa Melayu yang ada kaitannya dengan metafizik, epistimologi, etika, logik, dan estetika hasil interaksi mereka terhadap alam benda, alam flora dan fauna yang ada disekeliling mereka. Sehubungan itu tulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu menggunakan hipotesis Sapir-Whorf.Data peribahasa dikumpul daripada empat buah teks peribahasa Melayu iaitu Kitab Kiliran Budi, Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, 1001 Peribahasa Melayu, dan Peribahasa SPM. Hasil kajian mendapati peribahasa Melayu memaparkan pemikiran Melayu dalam lima kategori falsafah iaitu pemikiran tentang kewujudan (metafizik),pemikiran tentang ilmu pengetahuan (epistimologi), pemikiran tentang moral manusia (etika), pemikiran tentang penaakulan manusia terhadap alam ini (logik), dan pemikiran tentang keindahan (estetika). Kajian juga membuktikan terdapat hubungan bahasa dan pemikiran dalam peribahasa Melayu sebagaimana yang dinyatakan dalam hipotesis Sapir-Whorf. Kesimpulannya, penelitian terhadap peribahasa Melayu telah dapat menyerlahkan ketinggian pemikiran dan kekreatifan bangsa Melayu dalam penciptaan peribahasa Melayu dengan bersumberkan alam sekeliling.

Item Type:Article
Keywords:bahasa; pemikiran; peribahasa Melayu; hipotesis Sapir Whorf.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:2760
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 Sep 2011 00:45
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page