Persepsi guru tentang penggunaan aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera Bahasa Melayu.

Zamri Mahamod, and Nur Aisyah Mohamad Noor, (2011) Persepsi guru tentang penggunaan aplikasi multimedia dalam pengajaran komponen sastera Bahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 11 (3). pp. 163-177. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
370kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemahome.html.

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap aplikasi multimedia dalam pengajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu (Komsas). Kajian ini menggunakan perisian multimedia bagi novel Istana Menanti yang digunakan oleh pelajar Tingkatan 1. Perisian PPBK ini dibangunkan bagi memenuhi sukatan pelajaran baharu Bahasa Melayu bagi Tingkatan 1 khususnya bagi Komponen Sastera Bahasa Melayu yang digunakan mulai tahun 2010. Perisian ini dibangunkan berdasarkan strategi dan teori-teori pembelajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dan interaktif. Seramai 60 orang guru Bahasa Melayu daripada empat buah sekolah menengah di daerah Muar Johor dijadikan sampel kajian. Dapatan kajian dipungut menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan perisian aplikasi multimedia membantu proses pengajaran guru di dalam bilik darjah menjadi lebih fleksibel dan efektif. Selain itu, alat bantu multimedia ini juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dalam usaha menarik minat dan motivasi dalam pembelajaran berteraskan bahan sastera.

Item Type:Article
Keywords:proses pengajaran; nilai murni; kemahiran berfikir; strategi pembelajaran; komponen sastera.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:2768
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:07 Sep 2011 01:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page