Noorazuan Md. Hashim, and Yusof Ibrahim, and Sulong Mohamad, (2011) Penilaian kesesuaian prasarana pendidikan melalui proses hirarki analitik di Kuala Lumpur. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 6 (2). pp. 336-348. ISSN 1823-884x
|
PDF
526kB |
Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi
Abstract
Penyediaan kemudahan dan prasarana pendidikan telah dijadikan sebagai suatu agenda utama dalam pembangunan di Malaysia. Bagaimanapun, isu pembangunan sekolah dan peletakan lokasi sekolah telah mengujudkan perdebatan hangat di kalangan masyarakat. Ini adalah kerana lokasi dan peletakan sekolah baru adakalanya tidak bertepatan dengan kehendak penduduk setempat. Kajian ini menilai tahap kesesuaian sekolah rendah sediada di Zon Strategik Sentul-Manjalara pada tahun 2007. Ia dilakukan bagi mengenalpasti aspek penambahbaikan perancangan dan pembangunan pendidikan di kawasan tersebut. Tujuh parameter penting yang mempengaruhi proses penilaian kesesuaian sekolah dipilih termasuk saiz dan tapak sekolah, jumlah dan nisbah bilik darjah dengan kelas. Memandangkan pemilihan dan penilaian tapak sekolah melibatkan pelbagai kriteria dalam membuat keputusan, kaedah proses hirarki analitik digunakan bagi membentuk skor dan pemberat bagi setiap parameter berkenaan. Hasil kajian mendapati, daripada 47 buah sekolah sediada, hanya 20 buah sekolah adalah dalam kategori sesuai-paling sesuai, manakala selebihnya (27 buah sekolah) adalah dalam kategori agak sesuai hingga kurang sesuai berdasarkan kepada kriteria yang dipilih melalui analisis berkenaan. Hasil aplikasi proses hirarki analitik telah menunjukkan proses membuat keputusan dan pemilihan tapak sekolah adalah lebih efisien dan bersepadu. Bagaimanapun, hasil kajian berkenaan masih memerlukan pandangan pakar di Jabatan berkaitan untuk pengesahan dan penambahbaikan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Prasarana pendidikan; Analisis kesesuaian; Proses hirarki analitik; sekolah |
Journal: | e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan |
ID Code: | 2817 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 08 Sep 2011 01:26 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:32 |
Repository Staff Only: item control page