Mempakej pelancongan Tasik Chini sebagai rizab biosfera

Habibah Ahmad, and Mushrifah Idris, and Hamzah .J, and Mohd Ekhwan Toriman, and Ari Kurnia, (2012) Mempakej pelancongan Tasik Chini sebagai rizab biosfera. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan, 7 (1). pp. 119-132. ISSN 1823-884x

[img]
Preview
PDF
493kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-bangi

Abstract

Tasik Chini merupakan sebuah tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia, telah lama dikenali sebagai destinasi alam semula jadi oleh para pelancong. Namun, pada akhir 1990-an, kedatangan pelancong didapati merosot dan ini menjejaskan komuniti yang menawarkan ekopelancongan, terutama Orang Asli. Dilaporkan bahawa Tasik Chini dan persekitarannya terjejas oleh aktiviti manusia seperti pertamian ladang, perlombongan dan pembalakan. Pengistiharan Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera pada Julai 2009 telah memberikan kesempatan kepada kawasan ini mendokong pelancongan lestari. Adalah menjadi suatu peluang untuk mempakej pelancongan berasaskan fungsi Rizab Biosfera. Makalah ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana Tasik Chini perlu mempakej destinasi dan apakah komponen yang menentukan imej pelancongannya. Kajian ini menggunakan data primer dan sekunder yang diperoleh daripada beberapa program kesedaran awam dan survey ke atas komuniti setempat pada Jun 2008. Hasil kajian mendapati pakej pelancongan Tasik wajar mendokong prinsip modal alam semulajadi, modal sosial, modal ekonomi dan modal budaya setempat. Kajian ini mencadangkan agar usaha mempakej Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera perlu mengambilkira pengelaman terintegrasi, yang mana konservasi, pembangunan dan sokongan untuk penyelidikan, pendidikan dan senggang menjadi entiti interaksi antara pelancong dan tuan rumah Tasik Chini.

Item Type:Article
Keywords:Rizab Biosfera; mempakej pelancongan; modal alam semulajadi; modal sosial dan modal budaya.
Journal:e-Bangi ; Jurnal Sains Sosial dan Kemanusiaan
ID Code:2819
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:08 Sep 2011 01:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:32

Repository Staff Only: item control page